Menteri Besar Selangor, Tuan Amirudin Bin Shari mengakui bahawa dirinya tersentuh melihat beberapa video tular memaparkan seorang pakcik yang berhempas pulas mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tersentuh Tengok Warga Emas Gigih Kerja Dengan Jalan Bongkok, Isteri Alieff Irfan Hadiahkan Kereta
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Selamat Hari Pencen Pak Cik’ Buat Netizen Sebak – ‘Thank You Caprice!’
Nak ‘sponsor’ ke Makkah
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di TikTok, Amirudin tersentuh hati apabila mendapat tahu bahawa pak cik itu merupakan seorang warga emas yang lahir dan menetap di Selangor.
Saya berasa sangat tersentuh apabila ada seorang pak cik yang lahir di negeri Selangor, membesar di negeri Selangor dan sememangnya orang Selangor yang dirakamkan telah berusia 68 tahun dan masih lagi bekerja.
Menerusi video itu lagi, Amirudin menyatakan hasrat dan niatnya untuk menaja warga emas berkenaan untuk menunaikan ibadah umrah di Makkah.
Pak cik berkenaan berhasrat dan bercita-cita untuk menunaikan umrah di Makkah. Justeru, saya selaku Menteri Besar Negeri Selangor, ingin menaja pak cik pergi ke Makkah apabila saya pulang pada 21 April nanti. Insya Allah saya akan datang ke sana untuk pastikan untuk penuhi hajat pak cik yang belum dapat dipenuhi.
@amirudinshari Insya-Allah saya akan menaja Pakcik Zulkifli utk menunaikan umrah selepas Raya nanti #fyp #mbselangor #pakcikgrabviral #selangorjagaselangor ? Instrumen Sedih – Yuda pratama
Respon netizen
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik hasrat yang ingin dilakukan Menteri Besar Selangor itu serta mendoakan segala urusan dipermudah.
Terdahulu, video memaparkan seorang warga emas yang mencari rezeki sebagai seorang penghantar makanan meskipun berada dalam keadaan bongkok menjadi tular dan mendapat perhatian warganet.
Sumber: TikTok