berita

Terserlah Kecantikan Semula Jadi Julia Roberts Dalam Iklan Wangian Lancome!

September 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Menakjubkan. Tidak sangka walaupun usianya sudah setengah abad, beliau tetap dipilih sebagai duta dalam pengiklanan jenama wangian.

Beliau adalah Julia Roberts. Masih kekal cantik dan menawan walaupun usianya sudah mencecah 44 tahun. Aktres jelita ini tampil bersinar dengan imej positif dalam menawarkan produk wangian terbaru daripada jenama Lancome.

Dalam iklan ini, Julia Roberts bertandang ke sebuah parti yang penuh sesak dengan haruman terbaru daripada jenama Lancome. Beliau kelihatan bersinar dibawah kerdipan lampu-lampu ‘chandelier’.

Ini merupakan kempen keharuman pertamanya dengan syarikat kecantikan perancis walaupun sudah menjadi duta sejak 2010 dengan jenama Lancome.

Beliau berpakaian ‘dress’ putih mencecah ke lantai dengan belahan seksi pada bahagian kaki untuk mendedahkan kejelitaan beliau disamping mewujudkan auranya sebagai bintang yang bersinar. Tidak sangkal lagi, kecantikan yang beliau miliki adalah keindahan semula jadi.

Berbalik kepada wangian, Lancome dirumus khas dengan 63 keunikan bahan halus yang berkualiti tinggi dan dihasilkan oleh 3 pencipta terkemuka wangian Perancis iaitu Olivier Polge, Dominique Ropion dan Anne Flipo. Penghasilan wangian ini bertujuan untuk mencipta iris pertama feminin dengan menerapkan unsur kejujuran, kebenaran dan kepelbagaian.

Simbahan wangian yang berperisa buah-buahan ini meliputi buah blackcurrant dan pear, dengan gabungan tonka bean, praline, patchouli dan vanilla bagi mencipta sensasi kesegaran yang berpanjangan.

Bagi si pencinta wangian yang obses dengan haruman kesegaran, Lancome bakal memenuhi citarasa anda dengan kombinasi botolnya yang menarik.

Saksikan tayangan iklan video daripada jenama minyak wangi Lancome :

SKIP THIS AD ×