berita

Teruk Kena Face Shaming Ketika Live, MUA Bantu Solek Gadis Ini & Hasilnya…Lawa!

January 11th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini seorang gadis menjadi perhatian ramai apabila videoa ‘live’ di TikTok dikecam oleh segelintir pengguna media sosial yang tidak berperikemanusiaan. Gadis tersebut iaitu Sobah Rajaai sebelum ini kecewa dan terkilan apabila wajahnya disamakan dengan haiwan. Lebih menyedihkan lagi apabila keluarganya turut dihina.

Artikel berkaitan: Disamakan Macam Khinzir Ketika Live, Gadis Terkilan Keluarga Turut Dihina Netizen

Terbaru, seorang jurusolek iaitu Syakirah Syabari berkongsikan foto dan video solekan terhadap wajah gadis berkenaan. Fuhhh! memang cantik!

Cantiknya!

Jurusolek Syakirah Syabari berkongsikan foto perubahan wajah gadis berkenaan dengan mengenakan solekan dan busana yang ditampilkan ringkas tetapi menawan. Solekan yang dikenakan ditampil dengan lebih anggun dan menawan.

Sesi solekan

https://www.facebook.com/sya.kirah.923/videos/1804427056388729

Sesi solekan tersebut telah dirakam secara ‘live’ di laman Facebook. Rata-rata netizen memuji hasil solekan yang ditampilkan Syakirah Syabari dari sentuhan pada bahagian kening, mata, hidung dan pipi yang kelihatan kemas.

Sumber: Syakirah Syabari, Sobah Rajaai

SKIP THIS AD ×