berita

Teruskan Perniagaan Dengan PU Riz, Cincin Di Jari Manis Neelofa Undang Tanda Tanya?

January 21st, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Nama pengacara dan usahawan terkenal telah menjadi bualan hangat netizen selepas tercetusnya satu spekulasi mengenai keretakan hubungannya bersama PU Riz. Malah, Neelofa juga didakwa telah menanggalkan cincin risik yang diberikan kepadanya.

Artikel Berkaitan: ‘Fake, Fake, Fake! – Neelofa Didakwa Putus Tunang, Status Berbaur ‘Sindiran’ Noor Nabila Cetus Tanda Tanya

Artikel Berkaitan: ‘Tidak Benar Sama Sekali’ – Neelofa Buka Mulut, Nafi Nikah Di Kelantan

Artikel Berkaitan: ‘Neelofa Dah Tak Pakai Cincin Tunang’ – Netizen

Artikel Berkaitan: Individu Sebar Fitnah Neelofa Nikah Di Kelantan Akhirnya Mohon Maaf

Terbaru, apa yang menarik perhatian ramai adalah cincin yang berada di jari manis Neelofa sehingga telah menimbulkan pelbagai persoalan.

Spekulasi sebelum ini

Sebelum ini, spekulasi melibatkan pengacara terkenal ini telah tercetus selepas ada individu didakwa melemparkan fitnah mengatakan bahawa Neelofa sudah pun bernikah dengan PU Riz di Kelantan. Selain itu, ahli keluarga Neelofa juga seakan memberi ‘sindiran’ terhadap seseorang.

Malah, gambar merisik Neelofa dan PU Riz juga telah dipadam oleh ibunya, Noor Kartini. Susulan daripada itu, pelbagai persoalan telah timbul berhubung dengan isu ini sehingga ada netizen mendakwa Neelofa sudah menanggalkan cincin risik di jarinya.

Cincin di jari Neelofa

Berdasarkan perkongsian terbaru Neelofa di IG Story, dia menceritakan tentang satu platform yang dikenali dengan nama Markaz Tijaari. Difahamkan, platform tersebut merupakan usaha sama antara Neelofa dan PU Riz. Ianya berfungsi untuk membantu rakyat Malaysia dalam menjana pendapatan khususnya bagi golongan suri rumah dan pelajar.

Sepanjang bercerita secara terperinci mengenai platform Markaz Tijaari, apa yang menjadi tumpuan adalah sebentuk cincin yang dipakai oleh pengacara cantik jelita ini. Oleh itu, ramai tertanya-tanya mengenai cincin yang dipakai Neelofa. Namun, tidak dapat dipastikan sama ada itu adalah cincin yang sama ketika Neelofa dirisik oleh keluarga PU Riz atau pun tidak.

Video Insta Story Neelofa

Sumber: Neelofa

SKIP THIS AD ×