berita

The Apprentice Asia Bakal Takluki Asia Bulan Mei Ini

May 3rd, 2013 | by Ai
Kini Trending

The Apprentice Asia_White

Anda masih ingat lagi rancangan The Apprentice yang pernah ditayangkan suatu masa dahulu? Masih ingat lagi cabaran dan halangan yang dihadapi oleh peserta-peserta untuk menjadi juara? Kini, AXN menerusi saluran Astro 701 menampilkan rancangan baru bertajuk The Apprentice Asia dan program itu dikatakan bakal menarik perhatian penonton-penonton Asia pada bulan Mei ini.

Rancangan asal The Apprentice yang dihoskan oleh jutawan terkenal, Donald Trump telah berjaya menjadi salah satu rancangan hangat di seluruh dunia sejak ditayangkan pertama kali di Amerika Syarikat pada tahun 2004.

Mengetengahkan konsep yang sedikit berbeza dari cerita asal, The Apprentice Asia akan dihoskan oleh hartawan syarikat penerbangan dari Malaysia iaitu Tan Sri Tony Fernandes dan diterbitkan oleh Fremantle media Asia yang juga menerbitkan The Apprentice edisi Indonesia dan Australia.

Seperti yang umum ketahui, Tony bukanlah calang-calang bisnesman. Beliau telah berjaya mengangkat nama AirAsia ke persada dunia dan berjaya dipilih sebagai Best CEO for Malaysia oleh Corporate Governance. AirAsia sendiri berjaya memenangi anugerah World’s Best Low-Cost Airline dari tahun 2009 hingga 2012.

Apprentice group shot

Tony Fernandes (tengah) sebagai hos The Apprentice Asia

Keseluruhan jalan cerita menampilkan 12 eksekutif syarikat dari setiap pelosok Asia akan merebut peluang untuk bekerja di salah sebuah anak syarikat Tony Fernandes. Setiap episod menyaksikan peserta yang tidak bernasib baik akan disingkirkan daripada pertandingan.

Nantikan kemunculan rancangan ini yang akan bersiaran pada 22 Mei 2013, setiap Rabu jam 9.05 malam di saluran AXN dan AXN HD. Mampukah The Apprentice dengan elemen Asia mencapai rating tinggi seperti program asalnya di Amerika Syarikat?

Selain itu, pada bulan Mei ini juga AXN bakal menayangkan bahagian kedua Hawaii Five-O musim ketiga, Legend Fighting Championship musim kesebelas dan “Labour Day & Wesak Day Specials.

Jom tengok trailer di bawah ini.

SKIP THIS AD ×