berita

The Apprentice Asia Bersama Tony Fernandes

November 16th, 2012 | by M
Kini Trending

Anda ingin menjadi perintis kepada billionaire terkenal, Tony Fernandes? Jika ya, anda sebenarnya bakal menjadi calon pertama yang akan merangkul gelaran tersebut melalui program realiti terkenal, The Apprentice Asia!

The Apprentice Asia merupakan sebuah produksi baru dibawah naungan AXN Asia, di mana Tony Fernandes, seorang usahawan yang menerima anugerah ‘Asia Businessman of the Year’, akan menguji kecekalan dan kebijakan anda mengendalikan tugasan yang disediakan setiap minggu. Rasakan sendiri getir dan cabaran yang memungkinkan anda maju ke minggu seterusnya, atau dipecat serta-merta!

Pihak penganjur memanggil peserta yang berkelayakan untuk menyertai program ini mulai 15 November 2012. Seperti yang kita ketahui, anda perlu mempunyai ciri-ciri sebagai seorang usahawan yang mempunyai idea yang bagus, datang daripada pelbagai bidang seperti hartanah, perakaunan dan konsultan.

Antara kriteria yang perlu dimiliki oleh peserta ialah berumur 21 tahun ke atas, menetap di Asia dengan paspot sah tempoh lebih daripada 6 bulan, dan mampu bertutur dalam bahasa Inggeris.

Sekiranya anda memenuhi segala kriteria ini, anda boleh memuat turun borang penyertaan di www.axn-asia.com/TheApprenticeAsia sekarang! Selain itu, anda perlu menghantarkan sebuah video mengenai peribadi anda dengan durasi selama 4 minit.

Semua penyertaan perlu dihantar pada 16 Disember 2012 sebelum pukul 12 tengah malam, waktu Singapura. Ayuh, jangan lepaskan peluang yang mungkin datang seumur hidup ini! Anda adalah billionaire seterusnya!

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×