berita

‘The Case Of Rich & Trying To Be Cool’ – Gara-gara ‘Posing’ Bersama Ikan Lumba-lumba, Neelofa Didakwa Eksploitasi Hidupan Terancam

December 26th, 2017 | by Ai
Isu & Kontroversi

Pasti dua tiga hari ini anda mengikuti perkembangan pelakon dan pengacara, Neelofa di Instagram. Mana tidaknya, Neefola telah kongsikan segala aktivitinya yang ketika ini sedang bercuti di Dubai. Pelbagai aktiviti yang menarik telah Neelofa lakukan daripada menaiki unta di padang pasir sehinggalah berenang bersama ikan lumba-lumba.

Namun, dalam keseronokkan Neelofa bercuti itu, terdapat suara yang kurang enak untuk di dengar apabila pengacara dan aktivis hidupan liar, Rina Omar secara terbuka mengkritik tindakan Neelofa ‘posing’ bersama ikan lumba-lumba. Rina mengatakan tindakan Neelofa itu seolah-olah mengeksploitasi haiwan terancam tersebut.

‘Mungkin tiada kesedaran’

Di dalam tweet Rina tersebut, dia mengatakan Neelofa memiliki rupa serta kejayaan tetapi menyokong tempat tarikan bersama ikan lumba-lumba adalah tidak hebat sama sekali. Tambahnya lagi, perkara tersebut turut akan mempengaruhi jumlah peminat Neelofa yang ramai. Namun, Rina bersangka baik dengan beranggapan tindakan Neelofa tersebut mungkin disebabkan kurang kesedaran mengenai hal tersebut.

‘First class ride’

Dikritik netizen

Ternyata tindakan Neelofa tersebut mengundang kritikan netizen. Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Rina itu.

Namun, bagi admin mungkin ada cara yang lebih baik untuk menegur kesilapan Neelofa itu dan tak perlulah dikritik secara terang-terangan. Jika diberi tahu secara persendirian, sudah tentu Neelofa tidak akan ulangi kesilapan tersebut pada masa akan datang. Apa-apa pun selamat bercuti diucapkan kepada Neelofa.

Sumber: Rina Omar, Neelofa

SKIP THIS AD ×