berita

The Truth About #MentorLegend Yang Korang Patut Tahu

February 23rd, 2015 | by Ai
Kini Trending

10615474_10153176683349271_8590151835487579449_n

Seperti yang kita tahu, pentas akhir #MentorLegend malam tadi menyaksikan protoge kepada Dayang Nurfaizah iaitu Azmil merangkul gelaran juara.

Artikel Berkaitan: Azmil Juara #MentorLegend

Sebenarnya, keputusan malam tadi memang sudah dapat diramal. Iyalah, sepanjang Mentor musim ini, Azmil telah membuktikan peningkatan yang sangat baik dalam persembahannya saban minggu.

Tapi, korang mesti tak perasan ada beberapa perkara pedas dan pedih yang berlaku malam tadi kan? Jom cek kat sini:

Adibah Noor Kata Aina & Sarah Over Confident?

adibahnoor

Hmm, panas! Sebenarnya malam tadi kami terbaca tweet Adibah Noor. Katanya, kemenangan malam tadi menyaksikan kejujuran.

What won tonight was honesty. He had fun. The other 2 were over-confident. People know you sing well. But humility and fun win votes.

Walaupun Adibah tak menulis nama sesiapa, kami rasa ‘The other 2’ itu dituju buat Sarah dan Aina. Korang rasa macam mana?

Azmil Iras Aizat & Caliph Busker

Screen Shot 2015-02-22 at 11.08.51 PM

Sekali pandang, Azmil ni boleh dikatakan manis orangnya. Tapi, korang perasan tak rupa Azmil ni ada iras Aizat Amdan?

Namun, apabila kami scroll timeline Twitter, ada pula yang samakan wajah Azmil iras vokalis Caliph Busker. Tak kisahlah, yang penting Aizat & Caliph Busker mempunyai standard mereka yang tersendiri. Mana tau nanti Azmil dapat tempias tuah mereka.

Finalis Tak Ada Lagu Sendiri

Screen Shot 2015-02-22 at 10.53.50 PM

Yang ini paling kami tak faham! Rasanya, semua finalis Mentor sebelum ini ada lagu sendiri untuk dinyanyikan di pentas akhir.

Sayangnya, kenapa di #MentorLegend akhir, protoge tak dibekalkn dengan lagu sendiri? Hmm, lalu kami pun terfikir, berapa lama lagi agaknya nak tunggu produk finalis kali ini. Nak tunggu nama mereka luput ke macam mana?

Korang rasa apa lagi yang buat korang tak puas tonton #MentorLegend malam tadi? Jom share dengan kami!

SKIP THIS AD ×