berita

Thursday Trailer: Despicable Me 2 Pasti Lebih Kelakar

June 25th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

DM2_HIRES(3)Siapa ingat lagi jalan cerita Despicable Me yang pertama dulu? Bagi yang dah pernah tengok filem ini mesti anda terpesona dengan kecomelan tiga anak angkat Gru dan karakter Minions sendiri, kan?

Kalau dalam Despicable Me yang lepas, Gru (Steve Carell) yang pada mulanya seorang penjahat telah berubah menjadi bapa yang penyayang kepada tiga orang anak angkatnya.

Di sebalik misi jahatnya untuk mencuri bulan, Gru secara tak sengaja telah menyelamatkan dunia apabila seorang lagi penjenayah lain, Vector cuba menjadi pesaing Gru. Dia akhirnya menewaskan Vector dan mengembalikan bulan dalam keadaan baik seperti sediakala.

Yang menariknya dalam Despicable Me 2, anda akan menyaksikan kehidupan bahagia Gru bersama anak-anak angkatnya, Margo (Miranda Cosgrove), Edith (Dana Gaier) dan Agnes (Elsie Fisher) namun ada beberapa konflik yang perlu dihadapi oleh Gru.

Apabila Gru nekad untuk meninggalkan dunia jahatnya dan menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga, datang pula seorang agen rahsia, Lucy Wilde (Kristen Wiig) meminta bantuan Gru untuk membanteras jenayah yang sedang berleluasa.

Sepanjang Gru dan Lucy bekerjasama, timbul rasa cinta antara mereka namun Gru takut untuk mempunyai sebarang hubungan mesra dengan mana-mana wanita sejak dia dikecewakan suatu masa dulu.

Screen Shot 2013-06-06 at 10.43.01

Antara babak Gru dan Lucy yang dipaparkan

Keadaan menjadi lebih kalut buat Gru apabila Agnes yang mula merasakan kekurangan kasih sayang dari seorang ibu mengharapkan hubungan Gru dan Lucy adalah lebih dari sekadar rakan sekerja.

Dalam waktu yang sama, Gru berdepan dengan saat kritikal dalam membesarkan anak apabila Margo yang kini sedang melalui usia remaja mempunyai seorang teman lelaki. Perkara ini betul-betul merisaukan Gru.

Apa yang pasti, Despicable Me 2 bakal menjanjikan lebih banyak unsur-unsur jenaka dari Minions dan kesemua watak pentingnya di samping jalan cerita yang lebih mencabar buat Gru.

Minions

Karakter Minions tak pernah gagal membuat penonton ketawa

Banyak persoalan yang timbul dalam Despicable Me 2 kali ini. Mampukah Gru melupakan sejenak tanggungjawabnya terhadap anak-anak demi menyelamatkan dunia dari kejahatan?

Adakah hubungan Gru dan Lucy akan berjaya? Apa pula yang dilakukan oleh Gru bila mendapat tahu Margo mempunyai teman lelaki? Sama-sama kita nantikan 4 Julai 2013 ini untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan yang bermain di fikiran.

Kalau anda nak tahu, Despicable Me 2 juga boleh ditonton dalam versi 3D untuk memberi anda lebih keseronokan ketika menonton filem ini.

Sebelum itu, jom kita tengok dulu trailer Despicable Me 2 di bawah supaya anda rasa teruja dan tak sabar nak menonton filem ini. Semoga terhibur!

http://www.youtube.com/watch?v=MT6PHXfr4UQ

SKIP THIS AD ×