berita

Thursday Trailer : “Die Hard 5” Gabungkan Bapa & Anak Lelaki

February 7th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-02-07 at 12.19.12 PM

“Semakin tua, semakin susah mati.”

Mungkin inilah perumpamaan yang paling sesuai untuk watak John McClane dalam filem bersiri “Die Hard” yang mula ditayangkan pada tahun 1988.

Jika filem “Die Hard 4″ sebelum ini kita saksikan konflik John McClane (Bruce Willis) terhadap ancaman-ancaman pengganas dan juga untuk menyelamatkan anak perempuannya, kini, ‘A Good Day To Die Hard” (Die Hard 5) pula menyaksikan McClane bergabung bersama anak lelakinya lakonan Jai Courtney untuk menyelamatkan dunia.

Screen Shot 2013-02-07 at 12.12.22 PM

Diterbangkan ke Russia untuk membantu anak lelakinya, disana John menyedari bahawa anak lelakinya adalah salah seorang agen CIA yang sedang menghalang ancaman senjata nukleur pengganas.

Apa yang pasti, gandingan mantap anak dan ayah memberikan satu lagi keunikan dalam filem Die Hard. Kedua mereka mempunyai skil dan mempamerkan aksi yang mantap. Berbeza dari filem-filem Die Hard sebelum ini, kemungkinan besar, jika adanya filem “Die Hard 6”, legasi John McClane akan diteruskan oleh anak lelakinya. Siapa tahu kan?

Apa pun, filem “A Good Day To Die Hard” akan ditayangkan secara rasmi diseluruh pawagam di Malaysia bermula hari ini. Cepat beli tiket anda sekarang. Filem ini turut dibarisi pelakon seperti Jai Courtney dan Amaury Nolasco.

Trailer selepas ini!

SKIP THIS AD ×