berita

Thursday Trailer : Filem Terbaru Superman, Man Of Steel Kembali

December 13th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Berbeza dengan ‘versi’ Superman yang sebelumnya, Man of Steel pasti menjanjikan banyak pertarungan dahsyat dan lebih aksi. Hal ini disuarakan oleh pengarahnya sendiri iaitu Zach Snyder dan kali ini Henry Cavill memegang watak ‘superhero’.

Selain Henry Cavill sebagai Clark Kent, Man of Steel bakal dibintangi aktres yang telah tiga kali menerima percalonan Oscar, Amy Adams sebagai Lois Lane. Manakala watak antagonis, General Zod dan Fauna bakal dibintangi Michael Shannon dan Antje Traue.

Aktor handalan, Russell Crowe akan memegang watak sebagi Jor-El, bapa kandung kepada Clark Kent dan Julia Ormond sebagai Lara Lor-Van, isterinya dan ibu kepada Superman. Pelakon-pelakon lain yang bakal membintangi filem ‘blockbuster’ ini ialah Laurence Fishburne, Kevin Costner, Diane Lane, Harry Lennix dan Christopher Meloni.

Man of Steel diterbitkan oleh Charles Roven, Emma Thomas, Deborah Snyder dan Christopher Nolan yang terkenal dengan francais baru Batman. Lakonlayar pula ditulis oleh David S. Goyer, berdasarkan karekter Superman ciptaan Jerry Siegel & Joe Shuster untuk DC Comics.

Filem yang dianggarkan bajetnya sekitar $175 juta (RM526 juta) ini akan menemui penonton pada Jun 2013. Jom kita tengok trailer filem ini.

SKIP THIS AD ×