berita

Thursday Trailer : Filem “Wonderful World”, Apa Erti Hidup Jika Fikiran Negatif?

September 20th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Mungkin ada sesetengah dari kita, atau seseorang yang kita kenal atau sesiapa saja dalam dunia ini pernah merasakan diri mereka sentiasa berada dalam masalah. Tidak kira apa saja yang dilakukan, pasti ada yang tidak kena. Anda, pasti tertanya-tanya, kan?

Dalam filem terbaru arahan Josh Goldin bertajuk “Wonderful World”, ia pasti dapat menjawab segala persoalan yang pernah timbul dalam fikiran anda. Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki, Ben Singer (Matthew Broderick), yang selalu mengalami masalah dalam hidupnya. Dia juga selalu berfikiran negatif dan pemikirannya itu telah menyebabkan hidupnya kucar-kacir.

Namun begitu, Ben tetap mempunyai seorang kawan bernama Ibou. Pada suatu hari, Ibou terpaksa dimasukkan ke hospital kerana sakit dan tidak semena-mena Ben telah mengenali seorang wanita yang akhirnya telah mengubah pandangannya terhadap hidup. Apakah yang akan terjadi pada Ben?

Bagi OHBULAN!, ini bukanlah sebuah cerita yang mengujakan, ataupun filem aksi yang membuat adrenalin anda gemuruh. Tapi ianya lebih kepada filem yang memberikan kita kesedaran tentang erti kehidupan. Mahu tahu lebih lanjut, jom saksikannya di pawagam seluruh Malaysia pada 21 September ini ya!

Mari tonton trailer “Wonderful World” selepas ini.

SKIP THIS AD ×