berita

Titanic II Akan Buat Pelayaran Sulung Pada Tahun 2022. Ada Yang Berminat?

October 24th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Kami pasti ramai diantara anda sudah melihat filem ‘Titanic’ lakonan Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. Filem popular itu berdasarkan kisah benar dimana kapal mewah itu tenggelam pada awal pagi selepas terlanggar bongkah ais di Newfoundland, pada 15 April 1912. Tragedi itu turut mengorbankan lebih 1,500 orang.

Tetapi kini, dikhabarkan Titanic II akan membuat pelayaran sulung pada 2022. Betul ke?

Membuat pelayaran pertama pada tahun 2022

Imej konsep Titanic II yang dijangkan akan membuat pelayaran pada tahun 2022

Kapal mewah bernama Titanic II dijangkan akan membuat pelayaran pertama selama dua minggu pada 2022. Keputusan itu dibuat selepas pembinaannya diteruskan selepas berakhirnya pertikaian yang melibatkan sumber kewangan.

Mengikut perancangan, kapal itu akan belayar dari Dubai ke Southampton, England dan seterusnya ke New York dengan menggunakan laluan Atlantik Utara, iaitu laluan sama seperti kapal Titanic yang asal (tenggelam pada April 1912).

Menerusi portal MSN, Pengerusi Blue Line, Clive Palmer berkata;

Kapal ini akan mengikuti laluan perjalanan asal, membawa penumpang dari Southampton ke New York.

Titanic II adalah projek unik yang akan memberi pendedahan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan ia adalah untuk kepentingan umum.

Titanic pada tahun 1912

Pada asalnya, Palmer merancang ingin membina replika kapal tersebut pada 2012, dengan jangkaan ia akan belayar pada 2016. Namun, rancangan itu terpaksa ditangguh oleh sebab pertikaian bajet yang membabitkan nilai AS$500 juta.

Selain itu, Titanic II dilaporkan akan membawa anggaran jumlah penumpang yang sama iaitu 2,400 orang dengan 900 kru. Ia juga turut dilengkapi dengan ciri navigasi moden, teknologi keselamatan dan bot penyelamat yang mencukupi.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×