berita

Thursday Trailer : “G.I. Joe – Retaliation” Bakal Meletup Mac Ini

January 31st, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-01-31 at 9.15.35 AM

Filem G.I Joe sememangnya sebuah filem aksi yang wajib ditonton. Menggegarkan pawagam sebelum ini dengan konflik-konflik dan pelbagai ancaman dunia, G.I Joe: Retaliation bakal memberikan jawapan pada apa yang berlaku terhadap filem lepas.

Dibintangi oleh Dwayne Johnson, Bruce Willis, Channing Tatum, Jonathan Pryce dan ramai lagi pelakon terkenal lain, G.I Joe: Retaliation adalah sambungan kepada filem “G.I. Joe: The Rise of Cobra”.

Dalam episod kali ini, G.I Joe bukan saja terpaksa melawan musuh mereka, Cobra, malah terpaksa menangani ancaman yang juga datang dari organisasi mereka sendiri.

Namun, apa yang lebih menarik, jalan cerita kali ini pasti nampak lebih bertenaga dan rugi jika anda terlepas filem ini dipawagam. Diarahkan oleh John Chu, filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 28 Mac 2013. Jom saksikan trailer selepas ini.

SKIP THIS AD ×