berita

Tom Cruise Kembali Dengan Filem Futuristik, Oblivion

April 1st, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Oblivion PosterIngin saksikan sesuatu yang menarik? Sebuah filem terbaru arahan Joseph Kosinski yang berjudul “Oblivion” bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi dan kepada anda yang sukakan aksi tembak-menembak dan peperangan futuristik, pastikan anda tak terlepas peluang untuk menonton filem ini.

Diinspirasikan oleh pengarah yang sama dari filem “Tron”, ia berkisarkan tentang pertempuran masa depan untuk menyelamatkan manusia. Filem aksi ini dibintangi oleh Tom Cruise, Morgan Freeman, Olga Kurylenko, Zoe Bell, Nikolaj coaster Waldau, dan ramai lagi.

Oblivion mengisahkan tentang sebuah militan tentera yang memberi tugas kepada seorang askar veteran iaitu Jack Harper (Tom Cruise) ke sebuah planet di angkasa lepas. Disana dia ditugaskan untuk menghancurkan sisa-sisa makhluk asing yang masih tertinggal. Secara tiba-tiba, segalanya berubah. Jack Harper telah ditangkap oleh sekumpulan penjelajah angkasa yang kemudiannya mempersoalkan apa yang dia tahu tentang planet tersebut serta misinya disana.

Menerusi trailer berdurasi 2.36 minit ini, tak perlu disangkal lagi filem ini sememangnya sebuah lagi karya agung dari pengarah sama yang telah mengarah filem ‘Tron : Legacy” dan juga “Planet of The Apes”. Boleh juga dikatakan filem terbaru Joseph Kosinski ini menggabungkan kedua-dua unsur dari filem lamanya. Apa kata anda pula?

sccc

Penggambaran filem ini telah dilakukan di sekitar Amerika Syarikat dan juga Iceland dan ia akan menemui penonton pada 11 April 2013. Mari saksikan trailer filem “Oblivion” selepas ini. OHBULAN! juga turut melampirkan video belakang tabir filem ini!

SKIP THIS AD ×