berita

Thursday Trailer: WWZ, Perhitungan Brad Pitt Di Hari Kiamat

June 13th, 2013 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2013-05-30 at 11.02.11

Tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum filem terbaru lakonan Brad Pitt akan ditayangkan di panggung wayang.

Filem arahan Marc Forster yang berjudul ‘World War Z’ ini mengisahkan tentang seorang pekerja di United Nations bernama Gerry Lane (Brad Pitt) yang terpilih untuk menyertai misi menyelamat ketika kemuncak hari penghabisan dunia terjadi.

Screen Shot 2013-05-30 at 11.05.37

Isteri dan anak-anak Brad Pitt dalam WWZ

Di dalam klip teaser terbaru ‘World War Z’ berjudul ‘I Can’t Leave My Family, Brad Pitt dilihat terpaksa berdepan dengan pilihan yang cukup sukar.

Dia diberi tanggungjawab untuk membantu menyelamatkan keadaan sebelum dunia musnah tapi pada masa yang sama tak mahu meninggalkan keluarga disaat genting seperti itu.

WORLD WAR Z

Antara babak yang mendebarkan dalam World War Z

Jika anda di tempat Brad Pitt, apakah yang akan anda lakukan? Mampukah anda meninggalkan keluarga di saat mereka memerlukan anda? Jangan lupa saksikan filem hebat ini di pawagam-pawagam berhampiran anda pada 20 Jun nanti.

Tapi sebelum tu, jom kita saksikan dulu klip “World War Z’ di bawah untuk merasai sendiri kesukaran yang dihadapi Brad Pitt dalam membuat pilihan.

SKIP THIS AD ×