Pelawak Achey dan Fad Bocey memberitahu mereka tidak mahu mencampuri kemelut antara balu Allahyarham Abam, Siti Norhidayah Mohd Ali dan adik iparnya, Ali Puteh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Achey Halang Remaja Mahu Masukkan Duit Dalam Akaun Bank GF Selepas Menang Cabutan Bertuah RM310k – ‘Benda Ini Tak Boleh Buat Main’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Jersi Kotakan Janji Hadiahkan Achey Kereta Ford Ranger – ‘Dia Bantu Saya Masa Akaun Kena Banned’
Artikel Berkaitan: Dituduh Tiada ‘Job’ Punca Jual Gula-Gula, Achey Hanya Fikir Positif – ‘Aku Percaya Rezeki Allah’
Tiada hak masuk campur
Menurut Achey, dia dan Fad sedar bahawa mereka hanyalah orang luar. Tambah Achey, dia berharap isu selama empat tahun itu dapat diselesaikan secara peribadi tanpa perlu dihebahkan dalam media sosial bagi menjaga ketenteraman arwah di alam barzakh.
Saya dan Fad tiada hak mencampuri urusan mereka kerana kami orang luar. Sebagai sahabat, kami sedih dan penat dengan apa yang berlaku. Kalau kami penat, apatah lagi, roh arwah.
Kalau kedua-duanya memikirkan arwah, tolonglah berhenti berbalah. Uruskan secara senyap dan tahu-tahu semuanya selesai.
Jika dapat diselesaikan lebih cepat tentulah lebih baik, harap dapatlah selesai sebelum Aidilfitri ini supaya saya dan Fad dapat menziarah kedua-dua keluarga di Sungai Besar dan Gombak.
Bercerita lebih lanjut, Achey dan Fad berkata, mereka serba salah menziarah kedua-duanya kerana tidak mahu disangka menyebelahi mana-mana pihak.
Di samping itu, mereka sudah berhenti bertanya khabar mengenai anak tunggal arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lima tahun sejak kemelut berkenaan berlaku.
Kami rasa doa dari jauh sudah memadai, buat masa ini. Bukan berdiam diri atau tak nak ambil tahu langsung soal kebajikan Hamzah, tapi untuk bantu atau ziarah, rasanya kami tunggu sampai kemelut selesai dahulu.
Insya-Allah sebaik selesai sahaja, macam-macam yang kami nak sediakan untuk Hamzah, itupun jika pihak sebelah sana setuju.
Saya dan Fad pernah cuba untuk menjernihkan keadaan, tapi tak berjaya. Jadi, kami ‘angkat kaki’, tapi tetap berpesan, selesaikan elok-elok.
Sebab itu, bila ada yang bertanya, tak bantu balu arwah atau Ali? Kami hanya boleh beritahu, itu hal keluarga dan kami hanya adik beradik dalam industri dan kami rasa mereka okay.
Sumber: Berita Harian