berita

[VIDEO] Usahawan Jersi Kotakan Janji Hadiahkan Achey Kereta Ford Ranger – ‘Dia Bantu Saya Masa Akaun Kena Banned’

January 11th, 2024 | by Shahrin
Kini Trending

Achey Faris Azri

Usahawan pakaian yang dikenali sebagai Faris Azri mengotakan janjinya untuk menghadiahkan sebuah kereta jenis Ford Ranger kepada pelawak dan pelakon Achey.

Artikel Berkaitan: Dituduh Tiada ‘Job’ Punca Jual Gula-Gula, Achey Hanya Fikir Positif – ‘Aku Percaya Rezeki Allah’

Artikel Berkaitan: ‘Saya Marah Apabila Kata-Kata Itu Dilemparkan Terhadap Tiara’ – Achey

Achey dapat kereta

Achey Faris Azri

Menerusi perkongsian di TikTok, Faris berkata kereta itu diberikan kerana Achey telah banyak membantu mempromosikan jenama pakaian yang diusahakan terutama ketika akaun media sosialnya disekat (banned).

Saya pernah janji dengan Achey untuk berikan dia hadiah kereta Ford, saya memang ingin buat dia menangis.

Kenapa saya janji dengan dia? Ingat tak ketika saya buat jelajah di Johor, akaun TikTok saya kena shadow banned.

Kemudian saya minta Achey sebarkan konten banyak-banyak untuk promote perniagaan saya.

Saya kata kalau jualan cecah satu target yang ditetapkan, saya akan bagi satu kereta Ford. Saya kotakan janji yang sebelum ini saya katakan. Rezeki orang baik.

Dalam perkongsian berkenaan, Achey dilihat mengalirkan air mata ketika menerima kejutan itu di hadapan orang ramai.

Menurut Achey, dia ikhlas membantu usahawan tersebut dan tidak mengharapkan sebarang balasan daripadanya.

Malah, anggota kumpulan Bocey itu menyifatkan Faris seorang insan yang baik hati.

Apa yang saya buat hanya bantu awak (Faris), saya tidak mengharapkan apa-apa balasan pun.

Awak memang seorang yang berhati baik, awak baik dengan semua orang.

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-ratanya berasa sebak melihat momen berkenaan.

Video

@farisazrii Aku Surprise Kereta Ford Ranger Untuk Abg @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG ? original sound – Faris Azri Choii


Sumber: TikTok

 

SKIP THIS AD ×