berita

[VIDEO] Achey Halang Remaja Mahu Masukkan Duit Dalam Akaun Bank GF Selepas Menang Cabutan Bertuah RM310k – ‘Benda Ini Tak Boleh Buat Main’

March 6th, 2024 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini tular satu video memaparkan seorang remaja yang memenangi cabutan bertuah berupa sebuah kereta ‘sport’ jenis Nissan GT-R R35 yang dilakukan jenama pakaian tempatan, Choii.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Penganjur Mohon Maaf, Penonton ‘Terkinja’ Bukan Malam Nisfu Syaaban – ‘Kami Dah Buat Selawat Sebelum Konsert’

Mahu masukkan duit dalam akaun GF

@hermanali87Rezeki dak 22 tahun menang Rm310k? original sound – Bos eman

Menerusi video yang dimuat naik hermanali87, dapat dilihat anak muda tersebut memilih untuk tidak memiliki hadiah yang dimenanginya dan sebaliknya mahu menukar kereta tersebut dengan wang tunai.

Kereta mewah tersebut kemudiannya dibuka untuk bidaan kepada para pengunjung yang berminat untuk membelinya.

Selepas dibida beberapa kali, kereta tersebut akhirnya berjaya dibeli oleh seorang lelaki dengan harga bernilai RM310,000 dan mengikut peraturan yang ditetapkan pemilik Choii, Faris Azri, lelaki tersebut perlu membuat pembayaran secara terus di atas pentas.

Apa yang menarik perhatian ialah, remaja berkenaan meminta agar wang hasil bidaan yang diperolehinya itu dimasukkan ke dalam akaun bank kekasihnya kerana telefon bimbit kepunyaannya sudah kehabisan bateri.

Achey minta fikir baik-baik

Walau bagaimanapun, pelawak Achey selaku pengacara bersama dilihat kurang bersetuju dengan tindakan remaja berkenaan dan menasihatkannya untuk memikirkan semula.

Pengunjung yang hadir juga dilihat bersorak tanda tidak gemar dengan tindakan remaja itu yang disifatkan keterlaluan.

Saya nak ingatkan, duit akan berada dalam akaun dia jadi awak kena hati-hati. Benda ini saya nak awak fikir awal-awal.

Benda ini tak boleh buat main tau.

Selepas beberapa ketika, beberapa kru pasukan Choii berjaya membantu menyelesaikan masalah tersebut dengan memberikan ‘powerbank’ kepada remaja tersebut agar telefon bimbitnya dapat dihidupkan semula.

Video tersebut menjadi tular dan meraih perhatian wargamaya media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan tindakan remaja berkenaan yang terlampau mempercayai teman wanitanya.

Komen netizen

Sumber: TikTok hermanali87

SKIP THIS AD ×