Pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini menepis dakwaan segelintir pihak yang mengatakan hubungan mereka dengan pelakon Fazura sudah renggang dan tidak seperti dahulu lagi.
Artikel Berkaitan: Jualan Tudung Cecah Jutaan Ringgit, Fazura Tak Pernah Fikir Status Jutawan
Kekangan masa
Menurut Rizman, mereka dan Fazura tidak bergaduh cuma disebabkan kesibukan kerja yang membuatkan jarang berjumpa.
Katanya lagi, masing-masing sudah berkahwin dan berkeluarga jadi komitmen sudah bertambah.
Dahulu kami belum berkahwin dan tidak ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi memang selalu luangkan masa bersama.
Sekarang ini semua sudah berkeluarga dan komitmen kami sangat sibuk dengan kerja.
Memang tidak ada masalah antara kami. Tiada istilah bergaduh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa.
Rizman dan Ruzaini ditemui ketika majlis ulang tahun pertama RR Mono Scarves yang diadakan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Doa dari jauh
Dalam pada itu, Rizman menyatakan dia tumpang gembira melihat kejayaan pemilik nama Nur Fazura Sharifuddin dalam dunia bisnes yang makin melimpah ruah.
Fazura kini telah kembangkan sayap sebagai seorang usahawan. Kami gembira melihat kejayaannya dan sentiasa mendoakan dari jauh.
Memang ada yang katakan hubungan kami tidak baik tetapi saya jarang baca komen dan tidak ambil peduli dengan hal tersebut. Fokus kami sekarang adalah dalam perniagaan.
Selesa bekerjasama dengan selebriti
Bersempena meraikan ulang tahun RR Mono Scarves, Rizman Ruzaini melantik tujuh selebriti menjadi ‘muse’ bagi koleksi tudung ini.
Ternyata antara strategi di sebalik pembabitan Ziana Zain, Izara Aishah, Aina Abdul, Amyra Rosli, Kilafairy, Hawa Rizwana dan suri hati Rizman, Nurida Suraya adalah sebagai satu lagi cara untuk memastikan koleksi tudung Mono Scarves yang mempunyai 44 jenis warna berbeza ini terus menjadi pilihan.
Sejak dahulu lagi di Rizman Ruzaini kami memang selesa untuk bekerjasama dengan selebriti. Bukan soal hubungan sahaja, namun bagaimana golongan ini juga memberi impak yang baik terhadap jenama RR.
Jadi pemilihan seramai tujuh selebriti ini dalam mewakili koleksi tudung RR adalah satu pilihan yang tepat dalam memastikan RR kekal relevan dalam industri fesyen negara.
Soal mengapa tujuh selebriti ini dipilih untuk mewakili koleksi tudung RR, kami melihat setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat yang berbeza.
Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama RR diterima setiap golongan, jadi melalui pengenalan selebriti ini mampu merealisasikan harapan kami untuk memastikan RR menjadi antara jenama fesyen yang dekat dengan rakyat Malaysia.
Pada majlis sambutan itu juga RR mengumumkan pemenang Face of RR Hijab yang akan membawa pulang wang tunai beserta kontrak bersama jenama RR bernilai RM10,000.
Mensasarkan jualan RM 10 juta setiap bulan, RR turut memaksimumkan penggunaan pembelian melalui laman web rasmi mereka di www.rizmanruzaini.my yang dilihat menjadi akses mudah untuk semua pelanggan mereka mendapatkan produk RR.
Sumber: Instagram @rizmanruzaini & @missfazura