berita

Tiada Istilah Nak Tayang Body – Faezah Elai

November 22nd, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

KL ZOMBI-68

Sebelum ini nama pelakon, Faezah Elai jarang dikaitkan dengan sebarang kontroversi, sama ada daripada segi lakonan mahupun peribadi.

Namun begitu, menerusi laman sosial pelakon tersebut petang semalam, Faezah dilihat telah memuat naik sekeping foto yang menunjukkan luahan kecewanya terhadap segelintir pengikut laman sosial yang mendakwa dia sengaja ingin menunjukkan tubuh badannya yang langsing kepada umum.

Meneliti setiap bait kata-kata tersebut, pelakon filem Tanda Putera itu menjelaskan bahawa, dia tiada niat untuk melakukan perbuatan seperti yang didakwa dan tujuan utaman berkongsi foto-foto tersebut hanya untuk mempromosikan pakaian yang dipakainya pada ketika itu.

Faezah Elai 6

Kata-kata yang dikongsikan oleh Faezah Elai

Faezah Elai 3

Salah satu foto yang dikongsikan oleh Faezah di laman Instagram-nya

Perkongsian luahan hati pelakon wanita itu bagaimanapun menarik perhatian aktor kacak, Nazim Othman. Melalui perbualan mereka, Nazim turut perihatin dengan situasi yang berlaku kepada Faezah dan sempat bergurau dengan kata-kata berbunyi :

Faezah Elai 7

Tidak kisahlah, apa pun dakwaan negatif yang dilemparkan oleh peminat terhadap Faezah, OHBULAN! tetap respect dengan pelakon ini kerana telah berjaya mengembalikan bentuk badan yang ideal, selepas melahirkan puteri sulungnya, Dealova Heyrinna sekitar Februari lalu.

Di sini OHBULAN! kongsikan juga beberapa foto terbaru Faezah untuk tatapan anda semua.

Kredit Foto : Instagram Faezah Elai

SKIP THIS AD ×