Kredit foto: Booky
Walaupun Kementerian Kesihatan sudah memberi amaran berkali-kali tentang bahaya mencucuk vitamin C, tetapi masih ramai yang berani melakukannya kerana taasub ingin menjadi putih.
Lebih menakutkan, ada antara mereka yang sanggup mencucuk vitamin c setiap 2 minggu sekali dengan harapan ianya berkesan dengan lebih cepat!
Artikel berkaitan: Padah Buat ‘Drip Whitening’ Sebab Terlampau Taasub Nak Putih.
Artikel berkaitan: Punya ‘Kemaruk’ Nak Putih, Drip Vitamin C Dalam Kereta Pun Boleh!
Merosakkan hati dan buah pinggang!
Kredit foto: Daku Amat
Sering kali kita terbaca di surat khabar mahupun media sosial, pengalaman buruk akibat daripada suntikan vitamin C untuk memutihkan kulit,
Kesan jangka panjang yang paling teruk ialah kerosakan hati dan juga buah pinggang. Hati menjadi bengkak dan buah pinggang tidak dapat berfungsi sebagai sistem perkumuhan yang sepatutnya.
Hal ini kerana buah pinggang dianggap sebagai penapis air di dalam tubuh badan manusia, pengambilan vitamin C yang berlebihan akan merosakkan buah pinggang secara langsung ataupun pembetukan kristal/batu karang sekaligus ianya tidak dapat diserap oleh tubuh dan disingkirkan melalui air kencing.
Jadi kesan ini yang paling ditakuti ramai pakar kesihatan kerana kosnya bukan sahaja mahal untuk dialisis malah ada yang sampai buah pinggangnya perlu dibuang.
Cirit birit
Kredit foto: Klikdokter
Salah satu kesan yang ketara selepas beberapa kali suntikan adalah cirit-birit ataupun diarea dimana sistem pembuangan menjadi sensitif dan tidak dapat dikawal.
Pengambilan suntikan vitamin C secara berlebihan akan mengakibatkan sebahagian daripada vitamin tersebut dapat diserap melalui dinding usus, manakala yang tidak dapat diserap akan kekal di dalamnya.
Keadaan ini sekaligus akan menyebabkan kesan osmotik iaitu tekanan dan jumlah air yang besar ditarik ke dalam usus akan menjadikan najis lebih cair dan akhirnya masalah cirit birit lebih teruk masalah diarea.
Bukan sahaja cirit birit, malah muntah dan loya turut dapat dirasai, pengambilan vitamin C boleh menyebabkan perut mengalami sedikit pengasidan.
Masalah hormon & kulit
Kredit foto: SehatQ.com
Hormon yang tidak stabil juga boleh menjadi punca dan akibat daripada pengambilan suntikan vitamin C, walaupun hanya untuk jangka masa yang pendek akan tetapi ianya masih memudaratkan.
Hormon yang tidak stabil bukan sahaja menyebabkan masalah jerawat di muka dan badan, malah boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah kenaikan berat badan secara mendadak!
Pengambilan suntikan vitamin C berlebihan juga boleh menimbulkan kesan sampingan di kulit seperti mengalami iritasi, radang kulit sehingga boleh menyebabkan hiperpigmentasi kerana di dalam satu dos vitamin C mengandungi glutation dan kolagen.
Glutation sendiri berfungsi untuk mengurangkan melanin supaya kulit menjadi putih, akan tetapi jika diambil berlebihan boleh mengakibatkan kulit semakin gelap dan kanser kulit akibat bahan kimia di dalam produk tersebut.
Menopause awal!
Kredit foto: Wowkeren
Satu lagi kesan untuk jangka masa yang panjang akibat daripada suntikan vitamin C untuk memutihkan kulit adalah, gangguan kesuburan kepada wanita. Suntikan yang berlebihan akan menyebabkan seseorang itu mengalami masalah rahim menjadi kering sehingga berisiko untuk hamil.
Disebabkan oleh itu juga, para wanita juga berisiko untuk menopause dengan lebih awal iaitu sebelum berumur 50 tahun kerana bahan-bahan cairan yang terdapat di dalam suntikan itu membuatkan proses menopause berlaku lebih cepat.
Waktu kesuburan yang sepatutnya boleh dikira dan dijangka tidak lagi stabil dan tidak dapat dijangka akibat daripada suntikan tersebut, mereka masih lagi period seperti biasa cuma masa akan menjadi lebih singkat dan mungkin lebih sedikit berbanding sebelum ini.
Jadi sebaiknya pertimbangkan dahulu segala kemungkinan yang bakal dihadapi jika masih ingin menyuntik vitamin C untuk memutihkan kulit, lebih-lebih bagi mereka yang masih muda.
Sumber: Sinarharian, Hmetro.