berita

‘Tiada Lagi Abah’ – Bapa Achey Meninggal Dunia

March 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Jika sebelum ini, pelawak, Achey meluahkan rasa bimbang mengenai kesihatan bapanya iaitu Hamzah Salam yang dikatakan tidak sedarkan diri sejak awal pagi semalam, di rumah kediaman keluarganya di Segamat, Johor.

Artikel berkaitan:Bapa Tidak Sedarkan Diri, Achey Rayu Doa Peminat

Terbaru, menerusi Instagram, Achey memberitahu bahawa bapanya sudah meninggal dunia.

Tetap dalam diri kami

Tiada lagi abah. Tapi abah tetap dalam diri kami.

Menurut Achey, ayahnya telah meninggal dunia sebentar tadi. Tambah Achey, arwah ayah sentiasa berada di dalam diri dan ingatannya.

Sahabat semua,mohon doakan abah @acheykintangkintung yang baru sahaja meninggalkan kita semua, kuat sahabat, semoga abah ditempatkan bersama orang-orang beriman, AL FATIHAH.

Sebagai sahabat baik Achey, Fad Bocey turut memohon agar netizen mendoakan arwah ayah Achey. Rata-rata rakan artis dan peminat turut memberikan ucapan takziah buat Achey dan keluarga.

Sumber: Achey & Fad Bocey

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×