Bekas guru yang pernah viral kerana lancar menghafaz Al-Quran dan bertaranum iaitu Nek Kiah dilaporkan meninggal dunia, semalam.
Artikel Berkaitan: Dah Kenal Hampir Dua Tahun, Tyzo Nafi ‘Friendzone’ Lydia Rosli – ‘Saya Tak Kenakan Dia’
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Jumpa Lelaki Yang Tak Boleh Pegang Tangan’- Lydia Rosli
Tiada lagi gelak tawa
Menerusi Instagram Tyzo, Nek Kiah yang berusia 87, telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ukay Perdana.
Sebagai salah seorang selebriti yang pernah berbual dengan Nek Kiah, Tyzo meluahkan rasa sedih sebaik sahaja mengetahui berita tersebut. Ujar Tyzo, sudah tiada lagi gelak tawa Nek Kiah bersamanya selepas ini.
Sesungguhnya ia adalah milik Allah SWT dan kepada-Nyalah ia akan kembali. Ya Allah, tuliskanlah ia di sisi-Mu termasuk ke dalam golongan orang-orang baik. Aamiin. Selamat Jalan Nek Kiah.
Terdahulu, Tyzo sempat melawat dan berbual dengan Nek Kiah. Lebih tersentuh, warga emas tersebut turut mendoakan Tyzo agar berjaya menjadi penyampai radio paling popular dan memenangi Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Sumber: Tyzo