Aplikasi Waze banyak digunakan oleh pengguna jalan raya di Malaysia bagi membantu dalam perancangan perjalanan selain dari aplikasi Google Maps. Hal ini kerana aplikasi ini dapat membantu pengguna memberi panduan jalan alternatif dari satu destinasi ke satu destinasi dengan mudah.
Terbaru, satu ciri terbaru yang terdapat dalam aplikasi Waze ini yang mampu membantu ramai pengguna jalan raya. Kemas kini yang dilakukan dalam aplikasi itu ialah ia telah mengandungi kadar anggaran bayaran tol.
Kadar tol dari maklumat pengguna
Kadar anggaran bayaran tol yang dikenakan untuk perjalanan sehala itu berdasarkan laporan pengguna aplikasi yang menggunakan lebuh raya tersebut. Info dari pengguna aplikasi akan sentiasa dikemas kini bagi memperoleh data yang lebih tepat.
Masalah baki TnG dapat dikurangkan
Dengan kelebihan terbaru dari aplikasi ini, pengguna jalan raya dapat merancang perjalanan mereka dengan bajet penggunaan tol sebelum memulakan perjalanan. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan masalah kurang baki kad TnG semasa ingin membuat pembayaran.
Boleh pilih nak ikut tol mana
Para pengguna juga boleh membanding-bandingkan perbezaan harga tol dengan memilih ‘routes’ yang sesuai dengan pilihan dan bajet perjalanan.