Selepas hampir tiga tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi jelita Indonesia, Bunga Citra Lestari dilaporkan bakal bernikah dengan pilihan hatinya, Tiko Wardhana pada 2 Disember ini.
Artikel Berkaitan: Ibu Ashraf Sinclair Restu BCL Nak Nikah
Buang nama ‘Sinclair’ di IG?
@lovelive304 Ashraf Sinclair tetap ada dihati BCL #bcl #bclsinclair #bungacitralestari #ashrafsinclair #lyodra #takdianggap #lyodratakdianggap ? Tak Dianggap Lyodra – Sadvibes?
Terbaharu, menerusi tinjaun OhBulan! ke Instagram milik Bunga atau lebih mesra disapa BCL, dia dilihat sudah menukar nama Instagram (IG) nya kepada ‘itsmebcl’ dan tidak lagi menggunakan nama ‘bclsinclair’.
Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi yang dikeluarkan BCL mengenai perkara tersebut.
Sementara itu, tindakan pelantun lagu ‘Cinta Sejati’ tersebut dilihat disokong oleh rata-rata wargamaya yang berpendapat penyanyi tersebut juga berhak untuk meneruskan kehidupannya.
Sekadar info, suami kepada BCL iaitu arwah Ashraf Sinclair meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.
Untuk rekod, BCL dan Ashraf berkahwin pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurnikan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.