berita

Tiada Lagi Ng Man Tat Disisi Stephen Chow…

February 28th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Siapa tidak kenal dengan pelakon Hong Kong iaitu Ng Man Tat yang pernah berlakon dengan Stephen Chow. Ng Man Tat dianggap sebagai pelakon lagend dan sentiasa memberi lakonan yang terbaik dalam kebanyakan filem bersama Shephen Chow itu.

Terbaru, Ng Man Tat disahkan meninggal dunia pada usia 70 tahun akibat barah hati. Mendiang meninggal dunia pada jam 5.16 petang waktu tempatan di Hospital Union, Hong Kong di samping isteri, anak-anak dan saudara mara.

Kesihatan makin merosot dan koma

Memetik laporan Dim Sum Daily, mendiang sebelum ini bertarung dengan keadaan kesihatan yang tidak menentu selama beberapa tahun kebelakangan ini. Pada 2014, dia dikejarkan ke hospital kerana mengalami masalah pernafasan sebelum disahkan menghidap masalah jantung.

Beliau telah menjalani pembedahan dan menjalani rawatan kemoterapi sejak dua bulan lepas, tetapi tahap kesihatannya merosot dan koma. Beliau kemudian telah dipindahkan ke unit rawatan rapi, dan para petugas perubatan menasihati ahli keluarga untuk bersiap sedia.

Baru-baru ini ramai rakan-rakan rapat menziarahi beliau, dan Ng selalu beritahu kepada mereka kesakitan yang sedang ditanggung amat perit. Ketika itu beliau sudah memgambil morfin setiap empat jam sekali untuk menahan kesakitan, tetapi ia sudah tidak berkesan

Perjalanan karier seni

Mengimbau perjalanan karier mendiang, dia telah memulakan karier seninya ketika berusia 22 tahun pada 1973 dan sebanyak 139 buah filem yang dilakonkannya. Ini termasuk filem yang dilakonkan bersama pengarah dan pelakon komedi Stephen Chow antaranya The Final Combat, The Justice of Life, Fight Back To School, Taxi Hunter dan Shaolin Soccer.

Filem pertama lakonan Ng Man Tat ialah Hong Kong Emmanuelle pada tahun 1977. Manakala filem terakhir yang dilakonkannya adalah filem The Wandering Earth pada tahun 2019. Dia turut membintangi 20 buah rancangan drama di televisyen.

Pada 1991, mendiang dianugerahkan Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Filem Hong Kong menerusi karakternya dalam A Moment of Romance yang turut dibintangi pelakon Andy Lau.

Ng Man Tat membintangi filem Shaolin Soccer (2001)

Fight Back To School pada tahun 1991 dan 1992

God of Gamblers III: Back to Shanghai (1991)

Sumber: Dim Sum DailyThe Star, Astro Awani

SKIP THIS AD ×