Ibu kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Datin Fatimah Ismail menegaskan dia tidak akan memaafkan perosak rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Restu Ibu Bapa Itu Penting, Untuk Doa Yang Berterusan’ – Isteri Yusof Haslam
Artikel Berkaitan: ‘Tega Hati Manusia Melihat Keluarga Ini Ditinggalkan, Hancurnya Hati’ – Ibu Syamsul Yusof
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Syamsul Yusof Janji Selesaikan Kemelut Dalam Masa Terdekat, Enggan Ikut Cara Puteri Sarah Bercerita – ‘Hal Dalam Kain Tidak Manis’
Tiada maaf!
Menerusi hantaran di Instagram Stories, Fatimah dilihat berasa kesal dengan individu yang dipercayai menjadi punca rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah berantakan.
Meruntuhkan kebahagiaan sebuah keluarga? Tiada maaf bagi mereka!
Semoga kembali bertaut
Sementara itu, di hantaran berbeza, Fatimah turut ‘throwback’ gambar mereka sekeluarga ketika makan malam sempena sambutan tahun baru pada 2018.
Dalam foto tersebut, Syamsul dan Sarah bersama anak sulung mereka Syaikhul Islam yang dipercayai berusia beberapa bulan ketika itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet mendoakan agar rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah kembali bahagia seperti sebelum kehadiran orang ketiga.
Semoga momen ini berulang kembali datin.. Insya-Allah.
Semoga Syamsul dan Puteri Sarah dapat kembali seperti dulu datin. Saya sentiasa mengikuti kisah mereka dan mendoakan yang terbaik buat mereka. Doa ibu paling mustajab, insya-Allah.
Saya doakan Allah mempermudahkan urusan rumah tangga anak menantu. Solat hajat dan tahajud banyak-banyak. Sungguh doa ibu sangat mustajab.
Sebelum ini, Puteri Sarah mendakwa bahligai yang dibina bersama Syamsul disondol oleh anak kepada aktor Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.
Sekadar info, Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: dpatimah012