Meskipun tahun 2022 sudah berlalu namun kemelut rumah tangga yang melibatkan pengarah sensasi Syamsul Yusof dan aktres Puteri Sarah Liyana belum lagi menemui titik noktah.
Artikel Berkaitan: ‘Memang Tiada Maruah Ke Hadap Suami Orang?’ – Empat Tahun Pendam, Puteri Sarah Mengamuk Dengan Ira Kazar
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Dakwa Syamsul Yusof & Ira Kazar Kahwin Senyap-Senyap Di Thailand?
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah & Anak-Anak Bercuti Di Jepun, Netizen Tag Syamsul Yusof – ‘Kesian Mereka Tanpa Seorang Ayah & Suami Di Sisi’
Lerai satu persatu
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Syamsul menyatakan dia akan menyelesaikan konflik dengan Puteri Sarah yang mendakwa perkahwinannya diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kazar tidak lama lagi.
Syamsul memohon untuk berikan dia sedikit masa lagi untuk menyelesaikan pergolakan yang menjadi bualan masyarakat sejak enam bulan lalu.
Sudah tiba masanya saya bersuara tentang perkara ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih.
Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.
Berikan saya sedikit masa untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat insya-Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini.
Peribadi kena simpan
View this post on Instagram
Bagaimanapun, aktor berumur 38 tahun ini memilih untuk tidak meniru cara seperti Puteri Sarah yang lantang bersuara bercerita kepada umum.
Walaupu saya ingin membuka mulut dan bersuara, berbezanya saya dan isteri saya. Saya tidak mahu ikut cara dia.
Saya tidak mahu membuka aib atau pekung mana-mana kerana rasa itu tidak wajar. Ianya adalah soal perkahwinan dan peribadi. Hal dalam kain, tidak manis untuk dikongsi kepada orang luar.
Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof menerima kecaman netizen dengan hati terbuka. Katanya, dia sedar sebagai selebriti akan sentiasa menjadi sorotan orang ramai.
Saya juga manusia biasa, kadang-kadang terganggu fokus saya untuk menghasilkan filem. Saya terima apa yang netizen lemparkan tuduhan.. tak mengapa, saya terima dengan hati terbuka.
Sebelum ini, Puteri Sarah mendakwa bahligai yang dibina bersama Syamsul disondol oleh anak kepada aktor Kazar Saisi. Susulan itu, Puteri Sarah memfailkan tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira.
Sekadar info, Syamsul berkahwin dengan Puteri Sarah pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber: Instagram @syamsulyusoffilm