Laman sosial kecoh apabila video mirip finalis Dewi Remaja, Haneesya Hanee di kelab malam tersebar. Haneesya sebelum ini enggan memberi sebarang komen berkenaan isu itu.
Terbaru, pihak majalah Remaja telah membuat sidang media untuk mengumumkan kedudukan terkini bekas peserta rancangan realiti itu.
Pamer perlakuan tidak senonoh
Menerusi sidang media yang disiarkan menerusi Facebook itu, gelaran Dewi Remaja Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan telah ditarik semula. Kes ini adalah kali pertama dalam sejarah pencarian Dewi Remaja itu.
Menurut editor Remaja, Faiz Aimman, peserta program itu perlu mengikuti peraturan pertandingan yang telah dilanggar Haneesya dan rakan-rakannya.
Sebagai pemilik dan penganjur, kami menzahirkan rasa sedih atas apa yang telah terjadi. Namun pada masa yang sama, para peserta Dewi Remaja sudah sedia maklum akan syarat penyertaan seperti yang telah dinyatakan di dalam kontrak yang mereka tanda tangani” di mana mereka tidak boleh mempamerkan perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai.
Minta peluang kedua
Sementara itu, Haneesya memberi kenyataan mengatakan apa yang berlaku adalah tanggungjawabnya sendiri. Dia juga meminta diberi peluang kedua.
Semua perkara yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab Hanee. Hanee akui tiada manusia yang sempurna. Dan ketidaksempurnaan ini akan dipikul oleh Hanee. Hanee meminta diberi peluang kedua
Ujar Faiz lagi, dengan penarikan gelaran tersebut, Haneesya bersama dua lagi finalis iaitu Faizni Fazreen Fazeera Faizul dan Erni Nurshahira Khairul Nizam tidak dibenarkan menggunakan gelaran ‘finalis Dewi Remaja’ dalam karier mereka di masa depan.
Dengan penarikan gelaran itu, bermakna tahun ini tiada gelaran bagi Dewi Remaja 2018/2019. Manakala Tia Sarah kekal di kedudukan kedua bagi pertandingan itu dan akan mewakili nama Dewi Remaja bagi sebarang aktiviti bersama pemenang lain seperti Aween Ismail, Arena Iman dan lain lagi.
Sumber: Majalah Remaja