berita

Tiada Niat Bunuh Diri, Wanita Duduk Atas Jambatan Putrajaya Cuma Nak ‘Healing’

April 16th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Tular baru-baru ini, seorang wanita dilihat berada di atas Jambatan Wawasan Presint 2, Putrajaya yang disyaki orang awam seperti mahu membunuh diri.

Artikel Berkaitan: Pemandu Bot Selamatkan Wanita Sarat Hamil Terjun Jambatan Pulau Pinang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cikgu Sekolah Rupanya Yang Viral ‘Merempit’ Atas Jambatan Pulau Pinang…

Tenangkan perasaan

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz menjelaskan bahawa, hasil siasatan mendapati wanita tersebut sedang berada dalam keadaan tertekan berikutan keputusan mahkamah yang diterimanya.

Justeru itu, dia cuba menenangkan diri dengan berada di atas jambatan dan bukan mahu membunuh diri seperti yang didakwa.

Keputusan mahkamah mendapati wanita berusia 30-an itu, tidak berpihak kepadanya dan dia perlu membayar sejumlah wang berhubung keputusan tersebut.

Berdasarkan makluman pihak polis, orang awam melihat kejadian itu pada pukul 11 pagi Khamis. Susulan itu, orang awam berjaya memujuknya dan setelah mendapat laporan, pihak polis membawa wanita itu ke Balai Polis Presint 7 untuk siasatan lanjut.

Pihak keluarga mangsa dipanggil untuk membantu siasatan dan kemudian dia dirujuk ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut.

Sementara itu, polis mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan tidak mengambil tindakan melulu .

Terdahulu, video wanita berkenaan telah menimbulkan pelbagai reaksi dan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila dia dilihat berada di atas jambatan tersebut dalam keadaan mencurigakan.

Walau bagaimanapun tinjauan OhBulan! di TikTok mendapati video tersebut telah pun dipadam.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×