berita

#AF2014 : Azwan Tak Layak Dapat Undian Tertinggi

October 7th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

10516791_759879650751161_3287644536744555246_n

Ya, selagi tak habis rancangan realiti popular, Akademi Fantasia, selagi itulah korang akan terima pelbagai update dari kami. Hehe. Bukan apa, saja nak ajak korang berbincang mengenai persembahan pelajar.

Haa, tengok tak konsert AF minggu lepas? Kalau tak silap, di laman Twitter, heboh kononnya konsert tersebut telah dirakam terlebih dahulu demi menghormati Hari Raya Aidil Adha yang jatuh pada hari Ahad.

Haa, kalau namanya record, dah tentulah jangkaan kami takkan ada pelajar yang tersingkir. Sekali betul daaa.

Screen Shot 2014-10-06 at 11.34.48 PM

Sebut tentang AF2014 ni, korang perasan tak siapa yang menduduki carta paling atas sekali setiap konsert bermula? Kalau korang prihatin, dah tentu tau kan!

Siapa lagi kalau bukan jejaka bernama Azwan. Hmm, kami pun tak tahu kenapa Azwan seringkali menduduki tempat pertama didalam carta.

Nak kata persembahan mantap setiap konsert tak juga. Malah, kami lihat suara Azwan ni seperti ikut kepada penyanyi asal setiap lagu yang dibawa.

Nampaknya, penonton dah mula muak dan boring dengan persembahan yang sama ditunjukkan oleh jejaka ini disetiap persembahannya. Tapi, bagaimana undian nak berubah jika kita tak mengundi betul tak?

10410389_759892384083221_1661140315503728972_n

Tiga pelajar lain yang pernah kami sebut sebelum ini tak usah cakaplah, memang takat itu je persembahannya.Mungkin yang nampak perubahan positif adalah Aman.

Artikel Berkaitan : Senarai Top 3 Tak Layak Berada Dalam #AF2014. Setuju?

Malah, ketika diakhir konsert, terdetik dihati kami bahawa mutu dan persembahan bekas peserta Idola Kecil Ultra yang membuat persembahan penutup lebih baik dari sesetengah pelajar yang ada didalam akademi sendiri. Huhu.

Tapi, yang paling matap minggu lepas adalah persembahan daripada Firman, Ewal dan Adel. Meremang bulu roma bila tonton persembahan mereka! Memang terbaiklah!

Apapun, kami harap Azwan dapat buat persembahan yang lebih baik, sesuai dengan tangga paling atas yang didudukinya. Pelajar yang lain, contohi tiga pelajar terbaik minggu lepas. Okay?

Kredit Foto : Instagram Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×