berita

‘Tiada Pihak Yang Salah’ – Aaron Aziz Bina Semula Pusat Tahfiz Yang Roboh Di Langkawi

September 4th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz sebelum ini pernah memuat naik sekeping foto menunjukkan keadaan pusat tahfiznya yang roboh di Pulau Langkawi. Walau bagaimanapun, Aaron enggan mengulas dengan lebih lanjut sebaliknya berdoa semoga semua urusan dipermudahkan.

Kasihan tahfiz saya

Kasihan Tahfiz saya di Langkawi dirobohkan. Semoga ALLAH permudahkan segala urusan di sana. Asrama anak anak semua harus dibina semula. @journey_to_insyirah please jangan tanya kenapa. Anggap benda yang tak dapat kami kawal. Beyond my control.

Terbaru, pelakon Ombak Rindu ini memuat naik video berdurasi 1:56 saat memohon netizen agar tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi mengenai pusat tahfiz tersebut.

Ujarnya lagi, dia tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana apa yang terjadi di luar kawalannya.

Tak nak dapat dosa sia-sia

https://www.instagram.com/p/CEoN8BeBWNI/

Mengulas dengan lebih lanjut, posting yang dimuat naik sebelum ini sekadar untuk memaklumkan para penderma mengenai masalah yang berlaku dan semoga tidak timbul sebarang persoalan mengenai tahfiz tersebut apabila ia dibangunkan semula.

Aaron turut menyangkal dakwaan berhubung bangunan pusat tahfiznya tiada permit yang sah dan melanggar undang-undang. Rata-rata rakan artis dan netizen  memberi kata-kata semangat buat Aaron selepas melihat posting tersebut.

Be strong!

Sumber: Aaron Aziz

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×