berita

Tiada Rezeki, Syatilla Melvin Keguguran Anak Kedua

July 26th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Keluarga kecil pasangan bahagia Shahiezy Sam dan Syatilla Melvin ini dikurniakan cahaya mata pertama, Syeriv Samheizy pada Mei 2017. Segala tindak tanduk keluarga kecil ini sering mendapat perhatian netizen apatah lagi dengan gelagat Syeriv yang handsome itu.

Siapa sangka hasrat untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian apabila didapati Syatilla Melvin mengalami keguguran, minggu lepas. Pelakon jelita ini dikatakan sudah hamil 6 minggu dan mengalami pendarahan teruk.

Selepas melakukan kerja rumah

Syatilla Melvin dikatakan mengalami pendarahan teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin kerja yang dilakukan itu berat dan badan terlalu penat sehingga mengundang kepada risiko keguguran janin.

Sekitar minggu lepas, saya mengalami pendarahan yang sangat teruk selepas melakukan kerja rumah. Mungkin saya penat sangat sehingga janin yang telah berusia enam minggu gugur. Pada mulanya, saya agak sedih, maklumlah kami memang merancang untuk menambah zuriat. Tetapi, saya dan suami reda dengan apa yang telah berlaku.

Akan menjaga dengan baik

Jika selepas ini saya ditakdirkan hamil lagi, saya akan menjaga kandungan tersebut sebaiknya.

Bagaimanapun, pasangan ini akan tetap berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua. Kini, Syeriv yang masih berusia setahun adalah peneman dan menceriakan keluarga kecil ini. Dia juga pernah mengalami keguguran sebelum menghamilkan Syeriv Samhiezy.

Sumber: mStar

SKIP THIS AD ×