berita

Tiada Rezeki, Syatilla Melvin Keguguran Anak Ketiga

April 7th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Pelakon Syatilla Melvin meluahkan rasa hampa dan kecewa apabila hasrat untuk menimang cahaya mata ketiga tidak kesampaian. Memetik laporan Utusan Malaysia, memaklumkan dirinya mengalami keguguran anak ketiga semasa kandungan cecah usia lapan minggu.

‘Kandungan saya terbantut’

Pelakon dan juga isteri kepada Shahiezy Sam itu baru saja mengetahui berita tersebut semalam sewaktu dia berjumpa dengan doktor. Doktor turut mengesahkan janin di dalam kandungan Syatilla sudah tidak mempunyai degupan jantung.

Saya cuma tahu mengenai hal tersebut ketika membuat pemeriksaan degupan jantung di sebuah klinik semalam. Kata doktor, kandungan saya terbantut, tak berkembang selain tiada degupan jantung pada janin yang masih ada dalam rahim saya ketika ini.

Bukan rezeki

Dia menganggap keguguran kandungan anak ketiga ini sebagai tiada rezeki buat dirinya dan suami. Malah, buat masa sekarang dia dinasihati doktor untuk membiarkan janin tersebut gugur secara semulajadi. Jika tidak, Syatilla perlu menjalani proses mencuci rahim.

Tentulah di awalnya saya rasa sangat gembira, tetapi bila jadi begini rasalah sedih itu. Sam pula semasa diberitahu doktor, hanya mampu terdiam.

Ini merupakan kali ketiga saya mengalami keguguran. Syeriv anak kami pun dah teruja nak dapat adik baru, selalu saja cium perut saya tanda tak sabar nak jumpa adik.

Artikel asal daripada Utusan Malaysia. Ikuti berita terkini dalam dan luar negara di portal Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×