Pada 24 Februari lalu, Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah menerima suntikan vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Suntikan vaksin bagi kumpulan pertama itu telah berlangsung di Pusat Kesihatan Daerah Putrajaya sempena Pelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Muhyiddin Yassin, Noor Hisham Antara Individu Terawal Terima Vaksin Covid-19
Artikel berkaitan: Dituduh Tukar Jarum Suntikan Covid-19, Doktor Tampil ‘Sekolahkan’ Golongan Antivaksin
Terbaru, Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasminya berkongsikan pengalaman setelah menerima suntikan vaksin tersebut.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkongsikan pengalamannya dengan memuat naik sebuah video berdurasi 2:40 minit di laman Facebook. Katanya, dia masih dalam keadaan baik setelah dua hari menerima suntikan vaksin bagi kumpulan pertama itu. Perdana Menteri turut menggalakkan orang ramai untuk menerima suntikan vaksin ini dan boleh mendaftarkan diri menerusi MySejahtera.
Hari ini adalah hari kedua selepas saya dapat suntikan vaksin Covid-19. Semuanya berjalan dengan, saya yakin ini vaksin yang selamat dan berkesan. Ramai yang bertanyakan kepada saya, saya berasa sihat, tiada rasa demam. Makan macam biasa, selera pun macam biasa.
Bagi saya bahawa vaksin yang saya terima ini agak baik. Saya meminta sekali lagi untuk semua memainkan peranan masing-masing menyokong usaha kerajaan dan negara untuk kita landaikan Covid-19 ini dengan cara kita ramai-ramai mendaftarkan diri kita bagi mendapatkan suntikan menerusi aplikasi MySejahtera.
Kongsi pengalaman
https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/videos/264052538618748/
Sementara itu, Perdana Menteri meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan sejahteraan yang baik. Dia juga mengingati orang ramai untuk sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan meskipun sudah menerima suntikan vaksin.
Jadi, saya bersyukur kepada Allah SWT dengan keadaan yang baik dan masih sihat. Dan saya juga mendoakan saudara semua berada dalam keadaan sentiasa sihat. Masih teruskan amalan SOP yang dipraktis. Pakai pelitup muka, cuci tangan, jangan ke tempat orang ramai walaupun saya sudah terima suntikan vaksin ini.
Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yassin