berita

‘Tiada Siapa Antara Kita Yang Sempurna…’ – Komen Faizal Tahir Pada Foto Najib Undang Pujian Netizen

May 18th, 2018 | by faris
Kini Trending

Setelah Pilihanraya Umum 14, seperti sedia maklum Dato’ Seri Najib Razak tidak lagi menjadi perdana menteri sekaligus memberi ruang kepada Tun Dr. Mahathir bagi menggantikan tempatnya meneruskan tampuk pemerintahan negara.

Sejak itu, laman sosial dibanjiri dengan luahan tidak berpuas hati dengan bekas perdana menteri itu. Pelbagai skandal yang disyaki membabitkan Najib menambahkan lagi kemarahan netizen.

Disebalik cacian, Faizal Tahir tampil beri kata-kata semangat

Faizal Tahir meninggalkan komen positif pada gambar bekas perdana menteri ketika sedang bersolat tarawih di Kampung Baru, tempoh hari. Faizal mendoakan Najib selalu dilindungi Allah. Dia juga merasakan Najib juga pastinya mempunyai kebaikan sendiri seperti orang lain.

Kadang-kadang kita perlu berhenti seketika untuk bermuhasabah tentang hidup. Anda telah menjalankan tugas anda sebelum ini. Ingatlah, tiada siapa antara kita yang sempurna, terutamanya saya. Allah sentiasa ada untuk mengampunkan dosa-dosa kita.

Apa-apa pun, kita bukan-siapa-siapa tanpa Allah. Saya sentiasa mendoakan anda.Moga dikurniakan hidayah dan aafiyah. Allah berkati DS. Aamiin.

Faizal artis contoh

Tersentuh dengan kata-kata Faizal

 

Ada hikmah disebalik segalanya

Pengikut Instagram Najib juga turut meluahkan rasa tersentuh dengan kata-kata Faizal itu dan mendoakan yang terbaik kepada perdana menteri keenam itu.

Sumber: Najib Razak, Faizal Tahir

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×