Harapan peminat untuk menyaksikan 12 lagu berentap di pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) tidak termakbul apabila TV3 hanya mengekalkan penyertaan 10 karya sahaja.
Artikel Berkaitan: SFMM39: Sekali Lagi AJL Jadi Saksi Persaingan Aina, Ernie & Marsha, Ini 10 Lagu Bakal Berentap Merebut Gelaran Juara
Artikel Berkaitan: SFMM39: Misha Omar Terikat Komitmen Lain, Penerbit Bakal Usul Cadangan Penyanyi Asal Perlu Nyanyi Sendiri Lagu – ‘Berlaku Tiap Tahun’
Kekal 10 lagu
Pengumuman itu dibuat oleh TV3 selaku penganjur menerusi sesi siaran langsung khas yang diadakan di TikTok pada Sabtu.
Sebelum ini tularnya khabar angin mengatakan terdapat dua lagi slot tambahan atau ‘wildcard’ yang akan menghangatkan lagi pentas AJL 39.
Antara lagu yang disebut adalah ‘Belakang Tabir’ nyanyian Syamil, ‘Yennode Macha’ nyanyian Zubir Khan, ‘Oh Huminodun’ nyanyian Elica Paujin dan ‘Panas’ nyanyian Nikki Palikat.
Berikut OhBulan! senaraikan kesemua lagu yang meraih perhatian juri dan layak ke saingan AJL39.
1. Diam- Hael
2. Puas Sudah -Aina Abdul
3. Hening Rindu- Marsha
4. Aura – Ernie
5. Terus Bersinar – Hafiz Suip
6. Pujaanku – Masdo ft Aishah Aziz
7. Risiko- Benzoloo, Tuju & MK K-Clique
8. Sengaja – Amir Masdi
9. Saksama- Akim & The Majistret
10. Bukan Lagi Kita – Nadeera
Dapatkan tiket
View this post on Instagram
Untuk edisi kali ini, penonton bukan sahaja boleh menonton AJL39 menerusi kaca televisyen tetapi berpeluang untuk menyaksikan sendiri kehangatan malam anugerah ini secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian www.wowtix.com.my.
Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, AJL39 juga akan dibawakan secara langsung di TV3 pada 16 Februari ini jam 9 malam dan juga boleh distrim secara HD di www.tonton.com.my.