berita

Tiada Tauliah Mengajar, Ustaz Wadi Annuar Diminta Menghadap JAIPs

April 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Isu & Kontroversi

Pendakwah bebas, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub tetap perlu hadir ke Pejabat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) pada 2 Mei ini untuk diambil keterangan.

Ia susulan penyertaan pendakwah berkenaan tanpa tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis ketika menyertai program Solat Terawih dan Sembang Santai Bersama Ustaz Wadi Annuar di Markaz Tarbiyah PAS Kawasan Kangar, Kompleks Pendidikan MATIN, Kampung Abi, Padang Machang pada 30 Mac yang lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Nafikan Sebab Tak Pernah Ditawarkan Tauliah Sebanyak Dua Kali’ – Ustaz Wadi Perjelaskan Perkara Sebenar

Wadi mohon penangguhan

Menurut Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim, penukaran tarikh itu dibuat selepas Ustaz Wadi sendiri memohon untuk menangguh beberapa tarikh sesi siasatan oleh JAIPs yang sepatutnya dilaksanakan pada 17 April lalu.

JAIPs menerima beberapa pertanyaan daripada orang ramai dan pihak media berhubung sesi siasatan dengan Wadi Annuar yang sebelum ini dijadualkan pada 17 April lalu namun Wadi Annuar memohon penangguhan beberapa tarikh sesi siasatan berdasarkan alasan yang dikemukakan kepada JAIPs.

Kita menegaskan bahawa siasatan terhadap beliau akan tetap diteruskan pada 2 Mei bersamaan Selasa hadapan dan tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran tangkap akan diambil sekiranya arahan ini tidak dipatuhi.

Terdahulu, pendakwah bebas berkenaan sudah beberapa kali diminta untuk hadir ke pejabat JAIPs di Kangar untuk diambil keterangannya berhubung program dilakukan tanpa mendapat tauliah daripada Jabatan Mufti Perlis pada akhir bulan yang lalu.

Ustaz Wadi juga turut ditegur oleh Mufti Perlis yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam Negeri Perlis Jabatan Mufti Negeri Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin selepas didakwa seakan mempersendakan peraturan serta titah oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mengenai keperluan untuk mendapatkan tauliah sebelum memberikan sebarang ceramah agama di mana-mana masjid di negeri Perlis.

Sumber: Berita Harian

SKIP THIS AD ×