Tular di media sosial mengenai satu serbuan yang dibuat anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) terhadap satu ceramah yang dipimpin oleh penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar.
Artikel Berkaitan: ‘Mengubah Bentuk Wajah Seperti Suntikan ‘Filler’ & Tinggikan Hidung Adalah Haram’ – Ustazah Asma’
Artikel Berkaitan: Kisah Taubat ‘Banduan Akhir’ Yang Menanti Saat Nyawa Berakhir Di Tali Gantung…Sayu & Menginsafkan..
Tidak pernah dipelawa membuat permohonan tauliah
Tidak berdiam diri, Ustaz Wadi tampil memuat naik satu kenyataan berhubung isu ini bagi menjaga dan memulihkan semula nama baiknya.
Menurutnya, program yang disertainya itu bukanlah satu program yang melibatkan pengajian agama dan memerlukan tauliah mengajar tetapi ianya merupakan satu program sembang santai bersama masyarakat setempat.
Saya dimaklumkan oleh pihak penganjur bahawa program ini bukanlah majlis pengajian agama dan ia hanya program sembang santai bersama masyarakat setempat melibatkan beberapa solan berkaitan perkembangan NGO kelolaan saya, keadaan terkini ibadat umat Islam di Mekah dan Madinah dan beberapa kupasan isu semasa, maka saya menerima jemputan yang diadakan di premis persendirian tersebut serta tidak memerlukan tauliah agama negeri.
Menerusi kenyataan itu lagi, Ustaz Wadi mendedahkan bahawa dia tidak pernah dipelawa untuk membuat permohonan mendapatkan tauliah mengajar.
Untuk makluman semua, saya Ustaz Wadi Anuar tidak pernah dipelawa permohonan tauliah melalui perjumpaan dengan Exco Agama Islam Negeri Perlis seperti yang dinyatakan dalam sebahagian laporan akhbar dan saya juga belum pernah mengadakan perjumpaan bersama JAIPs sebelum ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.
????????? ?????
MENJAWAB TUDUHAN DAN KENYATAAN MENGELIRUKAN JAIPs DAN JABATAN MUFTI PERLIS pic.twitter.com/CMAG0kt6oe— Ustaz Wadi Annuar (@ustazwadiannuar) April 1, 2023
Kenyataan yang dimuat naik Ustaz Wadi itu walaubagaimanapun disalah ertikan sehingga menyebabkan penceramah bebas itu menerima pelbagai tohmahan dari warganet.
Ustaz Wadi perjelaskan maksud sebenar
Terbaru, Ustaz Wadi tampil memuat naik satu video menjelaskan maksud sebenar kenyataan yang dikeluarkan pihaknya menerusi laman Twitter.
Ustaz Wadi menjelaskan bahawa kenyataan yang dibuatnya itu merupakan satu kenyataan balas dengan menafikan kenyataan yang ditulis oleh keratan akhbar mendedahkan bahawa pihak JAIPs sudah menawarkan dan dipelawa untuk memohon tauliah.
Persoalannya tuan-tuan, bila yang saya jumpa dengan Exco Agama Islam dan juga Jabatan Agama Islam Perlis? Sebab itu saya nafikan tawaran permohonan tauliah di dalam majlis tersebut.
Ustaz Wadi turut menyangkal kenyataan yang dibuat JAIPs ke atasnya yang menyatakan bahawa kedua-dua belah pihak sudah berjumpa sebanyak dua kali bagi menyelesaikan isu tauliah sebelum ini.
Bila yang saya jumpa? Majlis mana? Mungkin orang lain. Tetapi disebabkan akhbar sebut nama saya, saya nafikan benda itu. Saya tak pernah ditawarkan tauliah sebanyak dua kali itu (bersama dengan Exco lagi, dengan JAIPs lagi), maka itulah yang saya nafikan dalam kenyataan rasmi saya.
Beberapa hari yang lalu, tular beberapa video di media sosial yang memaparkan satu ceramah yang diketuai oleh Ustaz Wadi Annuar diserbu dan disekat oleh beberapa orang anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Perlis (JAIPs) kerana dikatakan tidak mempunyai tauliah untuk menyampaikan ceramah.
Sumber: Twitter