Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul bebanan. Setiap orang pastinya diuji dengan cara tersendiri sesuai dengan kemampuan masing-masing. Penderitaan yang ditanggung seorang wanita mualaf seperti diceritakan seorang netizen cukup membuatkan ramai yang tersentuh.
Tambah mengharukan, netizen di Twitter sepakat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban wanita itu menghadapi ujian dari-Nya.
Mualaf Cina ibu tunggal dua anak
Kisah diceritakan di media sosial itu bermula apabila wanita berkenaan bekerja di bahagian khidmat pelanggan di sebuah syarikat. Wanita berkenaan seorang ibu tunggal dua anak dan merupakan seorang mualaf. Apa yang menghairankan adalah, wanita berkenaan tidak pernah dilihat makan tengah hari.
Nanti duit tak cukup tambang bas
Apabila ditanyakan, rupa-rupanya dia terpaksa ikat perut untuk menampung tambang bas dan duit makan bagi anak-anaknya.
MC sebab sakit pinggang
Tak datang kerja sebab tak cukup duit tambang bas
Berterima kasih kepada yang menolong
Berdoa dapat kerja cepat
Daripada perbualan Whatsapp yang dikirimkan kepada bekas rakan sekerjanya itu, wanita mualaf berkenaan mendedahkan dia anak-beranak perlu makan di luar kerana ibunya tidak membenarkan dia memasak di rumah melainkan dia kembali kepada agama asal.
Malahan dia tidak putus-putus berterima kasih kepada pengguna media sosial yang prihatin dan membantunya meringankan beban ditanggung.
Sumber: Ninichan