berita

‘Tidak Ada Apa-Apa Yang Tumbang Atau Jatuh’ – Khairy Jamaluddin

September 23rd, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini mengumumkan mendapat sokongan kukuh dan ahli-ahli parlimen untuk mentadbir dan menubuhkan kerajaan baru.

Artikel berkaitan: ‘3 Perdana Menteri Dalam Masa Setahun?’ – Anwar Ibrahim Umum Dapat Majoriti Tubuh Kerajaan

Walau bagaimanapun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin di Twitter menafikan dakwaan kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin jatuh atau tumbang.

Baru selesai mesyuarat

Menerusi status terbaru yang dimuat naik di Twitter itu, Khairy Jamaluddin turut menyertakan gambar sekitar menyuarat jemaah menteri yang dijalankan hari ini.

Sokongan penuh

Terdahulu, Anwar Ibrahim memberitahu rakyat Malaysia berhak mendapat sebuah kerajaan yang kukuh dengan kepimpinan yang cekap dan yakin.

Akan tunai janji

Katanya lagi, beliau akan menunaikan janji menjadikan Malaysia sebuah negara yang makmur, aman dan adil untuk seluruh rakyat. Malah, dia berjanji akan membentuk sebuah kerajaan yang berintegriti dan komited dalam menangani krisis yang melanda negara.

Sumber: Khairy Jamaluddin , Anwar Ibrahim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×