Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki pula berbicara mengenai alasan tanggal tudung sebab tak nak hipokirt selepas Pencetus Ummah (PU) Syed.
Artikel Berkaitan: Kongsi Gambar Rambut Kepuk Warna Perang, Alya Iman Buka Tudung?
Artikel Berkaitan: ‘Alasan Buka Tudung Sebab Tak Nak Hipokrit Adalah Standard Pemikiran Liberal & Sesat’ – PU Syed
Tutup aurat masa meninggal
Di Instagram (IG), Ustaz Ahmad Dusuki menempelak kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon Alya Iman. Jelasnya, manusia hipokrit sebenarnya adalah individu yang membuka dan mendedahkan aurat.
Kata Ustaz Ahmad Dusuki, bulan Ramadan sepatutnya mengajar diri menjadi umat Islam yang lebih baik.
Membuka dan mendedahkan aurat itulah manusia yang hipokrit. Mengapa saat kalian ke kubur atau ke mahkamah syariah kalian menutup aurat?
Mengapa saat kalian menjadi mayat kalian ditutup aurat untuk mengadap Allah? Tiba-tiba sekarang baru menyebut tidak mahu digelar manusia hipokrit?
Tidakkah Ramadan sepatutnya menjadikan kalian menjadi mukmin bukannya manusia munafik?
Meskipun tidak menyebut nama, Ustaz Ahmad Dusuki bertanya di mana perasaan simpatinya terhadap ayah tercinta, Allahyarham Azmil Mustapha yang juga merupakan pelakon popular era 1980-an.
Tidak ada belaskah dalam dada kalian terhadap arwah ayah kalian yang soleh itu sehingga kalian sanggup melakukan dosa besar ini?
Sampaikan salam kepada sesiapa sahaja yg terkejar-kejar glamour dunia ini, katakan kepada mereka malaikat maut sedang mengejarnya!!!!
Pada 1 Syawal, pemilik nama Alya Ziman Azmil memuat naik foto mengenakan kurung moden berwarna biru dengan gaya rambut berwarna perang.
Menerusi laporan media, aktres berumur 23 tahun itu memberitahu tindakannya membuka hijab kerana tak nak hipokrit dan mahu menjadi diri sendiri.
Sumber: Instagram