Jurulatih pasukan bola tampar Melaka, Saiful Hadee Amar tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan insiden menampar muka dua orang pemain wanita.
Artikel Berkaitan: Bekas Jurulatih Bola Sepak Selamat Bernikah Dengan Artis
Artikel Berkaitan: Tampar Anak Orang, Jurulatih Kena Gantung Tugas Hingga Siasatan Selesai
Kesal
Saiful, 44, yang juga merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di Alor Gajah, Melaka mengakui kesal dengan perbuatan itu, malah dia terbuka untuk menerima apa sahaja tindakan daripada mana-mana pihak berhubung insiden terbabit.
Difahamkan, permohonan maaf tersebut dilakukan ketika sidang media di pejabat Majlis Sukan Negeri (MSN) Melaka malam tadi.
Jelas jurulatih berusia 44 tahun ini, dia sama sekali tidak berniat mengambil tindakan untuk mencederakan, sebaliknya hanya mahu memberi motivasi.
Saya tidak berniat melakukan tindakan sehingga mendatangkan kecederaan. Tindakan saya hanya untuk menaikkan lagi semangat mereka, memotivasikan mereka dalam setiap perjuangan yang saya ada.
Saya memohon maaf pada semua pemain, terutama dua pemain terlibat, ibu bapa, kelab saya sendiri Mastanah dan Persatuan Bola Tampar Malaysia serta komuniti bola tampar di Malaysia.
Terdahulu, Saiful Hadee Amar telah bertindak menampar muka dua orang pemain wanita sehingga menerima pelbagai kecaman orang ramai serta mengundang reaksi buruk dari pihak bertanggungjawab.
Sumber: Astro Awani