Pelakon Fasha Sandha menyifatkan dirinya bertuah apabila dikurniakan suami, Aidil Aziz yang sangat tenang menyelesaikan konflik rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Nora Danish & Fasha Sandha Sepakat Lupakan Sengketa Lama, Pengalaman Lalu Bawa Jumpa Lelaki Tepat
Artikel Berkaitan: Fasha Sandha Tak Kisah Adegan Atas Ranjang Tular – ‘Setiap Naskhah Ada Mesej Yang Ingin Disampaikan’
Tak logik tak gaduh
Ketika ditemui OhBulan!, Fasha, 40, berkata dia dan Aidil bukanlah satu pasangan sempurna yang tidak pernah ada pasang surut dalam hubungan suami isteri.
Namun, dia bersyukur kerana Aidil seorang yang sangat senang untuk diajak berbincang bersama.
Tidak ingat bila kali terakhir kami gaduh, rasanya tahun ini belum gaduh lagi.
Nak kata hubungan sempurna tidak juga. Setiap pasangan ada masam manis tetapi saya boleh katakan Aidil seorang yang sangat tenang.
Tak logik pula kalau tidak gaduh, tetapi memang saya tidak ingat kerana setiap kali ada isu kami akan bincang bersama-sama.
Tambah Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, dia sentiasa mendoakan agar bahtera dibina ini kekal hingga akhir hayat.
Nak kata saya atau dia (suami) sempurna pun tidak boleh kerana pada saya perkahwinan adalah pinjaman malah kita tidak tahu akan kekal berapa lama.
Saya selalu doakan pinjaman ini berkekalan hingga akhir hayat. Dalam satu hubungan tidak boleh janjikan apa-apa dan sentiasa bersifat positif.
Makan minum kena jaga
Dalam pada itu, kakak kepada aktres Elisya Sandha, menyatakan dia mengutamakan tanggungjawab terhadap suami dan keluarga meskipun sedang sibuk dengan tuntutan kerja.
Katanya, dia sedaya upaya berusaha untuk menjadi isteri solehah dan ibu terbaik kepada anak-anak.
Paling penting sekali suami isteri tahu menghormati. Sebagai isteri pula sebesar atau setinggi mana, suami tetap di atas.
Pastikan makan pakai semua tersedia walaupun sejak akhir-akhir ini, saya lebih sibuk. Saya tidak akan lupakan apa isteri (patut) lakukan.
Saya juga akan pastikan ada ‘mood’ untuk suami dan anak-anak. Bukan nak kata sempurna atau wanita solehah tetapi saya cuba jadi isteri dan ibu baik.
Sekadar info, Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
Sebelum ini, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.