Nama pelakon Puteri Balqis menjadi bualan ramai selepas ‘berani mati’ membuat pendedahan tentang sikap ayah kandungnya yang suka menonton filem lucah ketika ditemubual oleh ‘Bros Gang TV’.
Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Nafi Ibu Hisap Dadah, Memang Kurus Dari Dulu
Artikel Berkaitan: ‘Dia Tengok Pornografi Macam Kartun’ – Puteri Balqis Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah?
Ibu sanggup dihina
Terbaharu di Instagram (IG), Puteri Balqis menegaskan dia akan mempertahankan ibunya, Norashikin Mohd. Aziz dan berjanji akan sentiasa berada di sisi.
Kata aktres berumur 16 tahun ini, ibunya adalah satu-satunya insan yang mendukung, merangkul tubuhnya, meraung sepanjang jalan raya di tengah malam.
Walau sesial mana ibuku.. Selagi dia yang mengutipku, dia yang menjagaku, dia yang menyuapkan aku.
Dia yang memandikanku, mengutip dan mencuci najisku sewaktu aku sakit, menadah tangannya sewaktu aku berlumuran darah ketika sakit.
Dia seorang ibu yang sanggup melutut mengaku semua kesalahannya tanpa malu dan memohon maaf dari anak sekeji aku.
Dia yang sanggup dihina seperti sampah dan anjing kurap oleh berjuta manusia demi mempertahankan anak sekeji aku.
Tak akan patah semangat
Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Balqis Azizi menyatakan dia kini tidak takut lagi dengan kata makian dan ugutan.
Tidak lagi aku takut pada jutaan caci hina manusia. Tidak lagi aku peduli pada ugutan sekutu-sekutu kau hari ini, untuk memastikan ibuku malu sepanjang hidupnya.
Aku tidak akan patah semangat mendoakan agar ibuku bahagia selama di bumi, mahupun di alam baru.
Aku punya hak untuk memilih ibuku, kerana kasihnya aku pada seorang ibu.
Sumber: Instagram @morosechild