Pelakon Siti Elizad reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal cahaya mata selepas dua kali kali gagal dalam rawatan kesuburan in vitro fertilisation (IVF).
Artikel Berkaitan: 9 Tahun Berkahwin, Siti Elizad Sebak Cerita Soal Zuriat – ‘Orang Tak Tahu Saya Struggle Pergi Berubat’
Mahu jaga kesihatan mental
Menurut Elizad, dia mahu menjaga kesihatan mental diri sendiri.
Saya tidak mahu terlalu fikir soal untuk dapatkan anak kerana tidak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti. Saya juga sudah reda kerana usia pun sudah nak masuk 40-an.
Berbicara mengenai rawatan IVF, Elizad memberitahu doktor juga ada menawarkannya untuk menjalani rawatan IVF buat kali ketiga. Namun, dia tidak bercadang membuat rawatan IVF lagi kerana mahu kembali berlakon.
Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT. Kalau ada rezeki nanti adalah.
Pada masa yang sama, pelakon ‘Papa Ricky’ ini memberitahu dia tiada perancangan untuk mengambil anak angkat.
Setakat ini, tiada perancangan untuk ambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu. Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai.
Terdahulu, Elizad menjalani rawatan IVF pertama pada Februari 2020 sebelum disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama. Pada Mac tahun lalu, Siti Elizad juga menjalani rawatan IVF buat kali kedua dalam usaha mendapatkan anak tetapi ia juga gagal.
Sumber: Harian Metro