Pelakon dan usahawan Mawar Rashid akhirnya membuka mulut berhubung tindakannya yang tidak lagi mengenakan hijab.
Artikel Berkaitan: Mawar Rashid Buka Tudung – ‘Dah Cuba Tetapi Gagal’
Tidak patut dicontohi
Menerusi perkongsian di Instagram Story, Mawar akui tindakannya menanggalkan tudung bukanlah perkara baik yang patut dicontohi.
Bagaimanapun Mawar menjelaskan dia sudah berusaha memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik.
Minta maaf saya tak angkat call dan tak reply semua yang tanya keadaan saya. Saya baru on telefon malam ini, saya akan beri kenyataan di sini.
Saya tiada banyak perkara yang ingin dikatakan tentang isu ini (buka tudung) sebab tindakan saya ini bukan tindakan yang baik dan tidak patut dicontohi.
Sugguh pun semua ini sudah berlaku, saya masih berusaha memperbaiki hubungan saya dengan Allah. Biarlah usaha saya ini antara saya dengan Allah sahaja.
Dalam perkongsian yang sama, Mawar berkata dia sudah berusaha untuk istiqamah, namun akui dirinya gagal.
Malah, aktres berusia 28 tahun itu turut memohon maaf kepada semua pihak yang berasa kecewa dengan tindakannya itu.
Saya juga minta maaf kepada semua orang yang saya dah kecewakan. Saya dah buat dan sudah sedaya upaya untuk isitiqamah selama ini. Tapi saya gagal kali ini.
Doakan saya istiqamah dalam usaha memperbaiki diri yang penuh kekurangan ini.
Terima kasih kepada semua yang masih sokong saya, bagi kata-kata semangat yang positif dan doakan yang baik-baik.
Terdahulu, tindakan Mawar memuat naik gambar memperlihatkan dirinya yang tidak lagi mengenakan tudung telah mengejutkan ramai pihak.