berita

Tidak Puas Hati Kereta Kena Tarik, Penarik Kereta Mati Ditetak

December 24th, 2020 | by Aizzat
Kini Trending

Seorang lelaki yang ditemui mati dalam longkang di KM40.1 Lebuhraya Utara Selatan Plus berhampiran Sedenak, Ahad lalu dipercayai diserang oleh sekumpulan individu yang tidak dikenali. 

Mangsa difahamkan bekerja sebagai penarik kereta berumur 34 tahun ditemui mati dalam longkang dengan beberapa kesan tetakan dan kecederaan di bahagian kepala serta anggota badan yang lain.

Kereta ditarik kerana pemilik gagal membuat bayaran

Foto: Kosmo

Menurut laporan yang dipetik daripada Kosmo, Ketua Polis Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, mayat berkenaan ditemui di laluan bertentangan arah selatan.

Namun, seorang lagi rakan mangsa sempat melarikan diri ke tebing lebuh raya berdekatan. Tambahnya lagi, siasatan awal mendapati mangsa dan rakannya dalam perjalanan untuk pulang ke Kuala Lumpur selepas mereka pulang dari menarik sebuah kereta Toyota Vellfire, di Johor Bahru. Kereta berkenaan ditarik kerana pemiliknya gagal membayar wang ansuran bulanan.

Kenderaan dinaiki kedua-dua mangsa terbabas sejurus dihimpit dua buah kenderaan yang lain. Pelanggaran tersebut dipercayai berpunca rasa tidak berpuas hati terhadap mangsa yang menarik kereta Toyota Velfire berkenaan.

Menurut laporan pihak polis, kereta yang dipandu mangsa telah terbabas setelah dihimpit dua buah kenderaan lain. Kejadian itu dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati atas penarikan kereta berkenaan. 

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun bagi membantu siasatan kes tersebut dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo.

SKIP THIS AD ×