berita

‘Tidak Sangka Mereka Akan Pergi Bersama’

August 11th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Hati ibu mana tidak sedih apabila kehilangan anak dan terpaksa akur dengan ketentuan Ilahi. Dua adik-beradik ini ditemui mati lemas ketika bermandi-mandi di muara sungai. Ini adalah kali pertama mereka bermandi-manda disitu bersama dua rakan yang lain.

Semalam pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang berjaya menemui dua mangsa adik-beradik lemas ketika mandi bersama rakan mereka di muara Sungai Balok, Kuantan kira-kira 5 petang.

Terdetik dihati ada sesuatu menimpa

Mangsa Amirul Mukminin Abu Hanifah, 11 dan Muhammad Hafizul Iman, 9, ditemui lemas ketika mandi bersama dua lagi rakan mereka di muara Sungai Balok, Kuantan. Ibu kepada mangsa dua-beradik ini berasa sedih akan pemergian anaknya. Malah, ibu mangsa tidak menyedari anaknya keluar dari rumah dan menyangka mereka hanya bermain di kawasan rumah saja.

Ini kali pertama mereka mandi di pantai berkenaan kerana sebelum ini saya melarang pergi ke sana, namun saya tidak sangka ia akhirnya meragut nyawa kedua-dua anak saya. Memang menjadi kebiasaan mereka keluar bermain pada waktu petang bersama rakan dan akan pulang sebelum Maghrib, namun tidak menyangka mereka mandi di pantai berkenaan.

Kira-kira 7 malam, ada jiran datang dan meminta saya pergi ke pantai, ketika itu terdetik di hati bahawa ada sesuatu menimpa mereka.

Pergi pun bersama

Sebaik saja tiba di lokasi berkenaan dia melihat mayat Amirul Mukminin terbaring di tepi, manakala anak bongsunya masih belum dijumpai. Mayat Amirul Mukminin ditemui orang awam 6 petang kira-kira 500 meter dari pantai, manakala mayat adiknya ditemui 8.40 malam kira-kira 100 meter dari lokasi mayat abangnya ditemui.

Mereka amat rapat memandangkan hanya mereka sahaja anak lelaki dalam keluarga, sering keluar dan bermain bersama… ke mana-mana pun bersama. Namun, saya tidak menyangka mereka juga ‘pergi’ bersama, walaupun sedih namun saya reda dengan kejadian ini.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×